Friday, October 29, 2010

Kejadian-kejadian yang menguji kesabaran

Tanpa dugaan kita tidak akan matang kan..
Tanpa dugaan hidup sentiasa berjalan lancar..
Tapi itulah yang terjadi sejak beberapa bulan kebelakangan ni..

Sebelum Hari Raya ari tu...dapat LOVE letter dari pak polisi..ni semua gara2 bawa keta macam pelesit..
Bukan 1 bukan 2 tapi TIGA LOVE LETTERs...ampun pak..saya hanya ingin sampai tepat pada waktunya d office..
Itu pengajaran yang cukup besar buat diriku..insyallah perkara itu tidak akan berulang lagi..Pelaburan yang langsung x mendatangkan hasil..mana tak..melabur d kaunter trafik..macam mana mau untung..Terbanglah juga beberapa keping g settle semua tu..

Bulan seterusnya..masa untuk renew insuran..huh sangat perit rupanya kalo nak hidup senang ni ye..semua kena bayar..tapi Okt memang bulan yg cukup sakit buat aku dan poket kosong ku..

Tiba2 pula tayar keta minta d ganti sb benang2 dah keluar..Hurm terpaksa la aku hutang d bank PA&MA (papa&mama) dulu..sebab duit dah xde pas habis bayar itu ini..ni la untungnya duduk dekat dengan keluarga(nampak sangat anak bapa..ngeeeee)

Harap2 Nov ni jangan la berlaku apa2 pertukaran yg perlukan kos..duit dlm singa warna kuning pun boleh kira pakai jari..

Sabar..sabar..ni semua hanyalah cubaan duniawi :-)

Saturday, July 17, 2010

Tuah badan

Terasa dunia ini sangat mengembirakan...
9/7/2010 sekali lagi aku menang cabutan bertuah dan membawa pulang notebook acer..
memang tuah badan la. tup tup nama ku dipanggil dan ketika di arahkan untuk memilih salah satu sampul surat yang berada ditangan MC..aku memilih sampul yang berada di tengah2 dari lima keping sampul tersebut..
bila MC baca ja yang aku menang notebook senyum sampai telinga la..
indah2 dunia ni..kedatangan aku malam tersebut lebih bererti dengan menang saguhati n lucky draw..tahun lepas sebagai pendatang baru dalam bidang ni, aku hanya jadi penonton.
Alhamdulilah tahun ni aku dapat bersama2 senior lain tersenarai dalam nama pemenag walaupun hanya saguhati..syukur ya Allah.

Pertama kali aku menang grand prize untuk cabutan bertuah adalah Februari 2010.
Aku menang tiket penginapan dan penerbangan ke kuching sarawak for 3 days n 2 nite.
Aku punyalah budger duit untuk kos pengangkutan semasa berada di kuching nanti..ye la takut over budget.
Tuah badan lagi..ketika aku claimed tiket penerbangan aku ditawarkan pula mengikuti program kembara yang kebetulan membawa rombongan travel agents n media from semenanjung.
Seronok bukan main la bila rezeki datang bergolek..aku tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk kos pengangkutan semasa berada di sana.
Apa lagi semua duit di belanjakan untuk beli terubuk masin n kek lapis sarawak la..itu je yang terkenal di sana kan..kalo nak beli souvenir pun lebih kurang sama je dengan apa yang dijual di sabah ni.
Semua ni rezeki tuhan..tuah badan untuk tahun 2010:-)

semua berlaku secara kebetulan..inilah dikatakan rezeki tuhan:-)

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...