Sunday, February 20, 2011

violin yang sangat menghiburkan

Some students of 'Suzuki Teachers Programme' entertained the audience during graduation ceremony

among the youngers who perform at the graduation ceremony
Buat pertama kalinya aku dapat menyaksikan persembahan violin ari ni..baru aku tau bagaimana perasaannya menghayati petikan dan geselan violin. Ia cukup membuatkan aku seperti diawang-awangan..maklum la melihat persembahan di waktu petang confirm menguap berkali-kali..walaupun aku ni buta seni sikit tapi aku tau juga la menghayati persembahan pelajar2 dari Suzuki Teacher Programme..


Pemain2nya dari yang hampir seumur dengannku (aku agak ja) sehingga yang kanak2 yang kalau tidak silap dalam 5 or 6 tahun..persembahan yang cukup simple dengan hanya mengenakan t-shirt suzuki and all in black. persembahan yang cukup menghiburkan. tak perlu pakaian yang beria kalau persembahan tidak seberapa kan..

Saturday, February 5, 2011

Sana Ranau....

Entrance Kundasang War Memorial
Having fun with my family on Feb 4, 2011...
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 Jam dari Papar ke Kundasang..tapi macam lebih jak sebab aku yang driving..besa la kalau jalan yang aku nda biasa lalu memang aku bawa slow..bak kata orang pandu cermat jiwa selamat, lagipun aku bawa family nda kan mau bawa keta macam pelesit kan..

Memandangkan cuaca mendung, jalan sedikit berkabus dan atas sebab itu juga la kami lambat sampai ke kundasang. Kalau mau cakap best sudah tentu la best..

Perhentian pertama kami di Kundasang War Memorial..tempat memperingati seramai 2,428 orang tawanan British n Australia yang mati semasa WW2..Tempat yang wajib di lawati jika anda ke Kundasang. Ramai juga la orang berkunjung ke sini semalam. Siap ada yang sibuk dengan photoshoots gambar kahwin lagi..maklum la cuti sekolah kan..

Ok tiket masuk hanya RM2 per person untuk warganegara, murah ja pun...tempat yang sangat cantik untuk dikunjungi, sepa yang nda singgah sini memang rugi la. macam nda lengkap percutian ke Kundasang kalau anda tidak ke sini..

ni scenary di dalam Kundasang War Memorial tu..nice view kan 
Selesai sesi bergambar di Kundasang War Memorial..kami teruskan perjalanan menuju ke Desa Dairy Farm yang terletak sejauh 8km dari pekan Kundasang. Pemandangan di sini cukup indah seakan-akan berada di luar negara(NZ) kerana di kelilingi lembu..cuma cuaca ketika kami tiba sedikit mendung dan lembu kebanyakkan berada jauh dari pusat ternakan..nda apa la yang penting boleh juga merakamkan gambar kenangan di sana.

wit my lovely parent, lil bro n sis-in law
mooooooooo malas mau gerak
such a beautiful scenery




Perjalanan kami diteruskan ke Hot Spring, Ranau..time to mandi-manda tapi nda dapat mau bergambar la sibuk betul mandi air panas..sampai terlupa..sebelum mandi kami test power la pegi naik canopy walkway..huh letih siotttt..baru aku tau yang diri ini memang tiada stamina. Gayat juga sebenarnya tapi masih berlagak cool..tinggi juga canopy walk tu dalam 41 meter dari aras laut..nda juga terlampau tinggi la tapi sepa gayat memang ketar lutut jugak..

kasian bapa ku penat naik bukit

photo first, walk next..tinggi oooo

-ends-


Thursday, February 3, 2011

Review Filem



AKU MASIH DARA ...bagi aku filem ni kira 'BOLEH LAYAN LA'..ada pengajaran untuk budak2 muda zaman sekarang. tu pun bagi mereka yang masih punya hati la..bagi yang masih juga tidak sedar diri..teruskan la hidup sebegitu..

Kehidupan anak-anak muda cukup jelas dipertontonkan dalam filem ni, dari penggunaan pil, kondom, gaya hidup bebas semuanya ada.Pengajaran cukup jelas. tapi lucu kan bila ada part/babak yg terpaksa d cencored..why?sendiri mau ingat la kan? mungkin di pawangan tiada part yg d cencored..ni la kalau tengok VCD...sapa yg perasaan faham2 sendiri la napa perlu kena cencored? kalau tidak mau kena sensor napa la nda cari ja costume yg sesuai..nda perlu la sampai mau cencored segala..nampak sangat kelemahan disitu..bukanlah aku maksudkan pakai costume yg menutup aurat sebab filem2 sah2 mengenai kehidupan remaja yang berpakaian terdedah sini sana..biarla bersesuaian..

Skrip pula..mungkin memang kebanyakkan filem melayu begitu..setiap tajuk filem mesti akan diulang semula dalam skripnya..dalam filem ni satu part yg paling jelas bila Sofea mengaku 'i'm still a virgin'. bagi aku perlukah diulang kembali tajuk filem tu? aku rasa semua orang boleh faham kenapa Sofea ragu2 untuk join kelab 'i'm not virgin' di babak2 awal..nda payah la sampai mau ulang lagi tajuk filem kan. lagi satu bila Sofea mulai sedar dan menginsafi segala-galanya..aku rasa cukuplah sekadar mengatakan 'ingin belajar mengenai islam..nda payah la mau katakan ingin 'belajar mengenai agama islam'. sound weird la bagi sesetengah orang seperti aku. Aku pun bukannya pandai sangat dalam 'bahasa melayu' tapi tidak salah kan kalau aku mau melahirkan pandangan ku mengenai filem tersebut.

Menonton filem ni mengingati aku kepada filem SYURGA CINTA..to be honest filem ni lebih meninggalkan kesan kepada diriku. biarpun aku tidak minum dan tidak hidup terlalu bebas tapi bagi aku filem Syurga Cinta sebuah filem yang memberi kesan kepada ku.WALAUPUN lakonan heliza helmi tak seberapa sangat tapi babak2 pengajaran dalam tu cukup jelas di kotak minda ku..Jalan cerita hampir sama iaitu mengenai gaya hidup bebas remaja yang baru balik dari luar negeri..aku ingat ada 1 babak bila Ilham (Awal Ashaari) TERBACA bismillah ketika mau minum arak di pub...ia nampak simple tapi cukup memberi impak kepada penonton..Walaubagaimanapun sebagai orang melayu aku masih menyokong industri filem kita..kalau tidak menonton di pawangan pun aku akan pastikan Original VCD menjadi pengganti..

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Gong Xi



Wish 2 all my Tiong Hua friends..Gong Xi Fat Cai..hope year of rabbit tis year will bring lots of prosperity to all :)

Saturday, January 29, 2011

Wanita vs Lelaki

Pernah dengar pepatah macam gni tak "Bila nak kahwin kelak, nak cari wanita, carilah yang reti masak" hurm..common kan? Pepatah cmna kalau yang ni "Kalau nak cari lelaki carilah yang boleh mengimamkan kita"..erm jarang pula aku dengar

Baru-baru ni aku terbaca status rakan ku di Facebook 'pompuan tak reti masak jadi isu..laki tak tau jadi imam tak plak jadi isu'...huh pedas gak telinga bila terkena dek sang empunya diri kan..

Tapi ada benarnya..cuba tengok dan tanya rakan-rakan lelaki anda. Pasti ada antara mereka yang mensyaratkan supaya wanita pilihannya tu reti masak. Mungkin bukan semua tapi masih ada kan?

Entah la kadang-kadang kolot kan fikiran sesetengah orang ni..mau cakap banyak pun tiada guna. Bila wanita tak reti masak kecoh bukan main. tapi bila lelaki di suruh jadi imam tapi tak reti, hah camna tu? sapa mau tolong jawab.......

Bukan prejudis tapi hakikat..memang la wanita tu perlu tau memasak..
alah setakat masak 2 or 3 lauk tu aku percaya semua perempuan boleh buat, tak ada la susah mana. Lain la kalau masak nasi pun tak reti, hah yang tu sudah dikira parah..Jangan la kecoh sangat kan..bagilah masa, lama-lama mesti mereka reti masak.  Janganlah kalau si isteri masak tak sedap, complaint memanjang..

Persoalannya perlu ke jadi isu?..mungkin bukan semua lelaki zaman sekarang memilih calon isteri yang reti masak, tapi bagi sesetengah masyarakat tu jangan la point finger to women only..tengok dulu diri sendiri baru la tengok kelemahan orang lain.

Masalah jadi imam dalam keluarga ni la yang parah..macam mana seorang yang mengaku muslim tapi tidak boleh mengimamkan isteri & anak-anaknya..huh tepuk dada tanya diri sendiri k..kenapa semua ni terjadi?.

Thursday, January 27, 2011

Hantaran tinggi setujukah anda?

Hurm sebenarnya artikel ni hanya untuk final projek aku masa study dulu..my group buat magazine pengantin iaitu 'Anggun Mempelai'. ni antara topik yang kami muatkan dalam magazine tu..so ayatnya sedikit formal la ye..Kalau tak silap artikel ni di tulis pada tahun 2008 n tis is unedited version..kalau ada gramatical error tu faham2 sendiri jak la..selamat membaca...

Isu wang hantaran tinggi sinonim dengan kehidupan masyarakat masa kini. Sebut sahaja wang hantaran sudah pasti jumlah yang difikirkan mencecah ribuan ringgit. Wang hantaran berubah mengikut keadaan semasa. Jika dahulu wang hantaran hanya dijadikan sebagai adat perkahwinan kini ia telah menjadi syarat utama dalam perkahwinan. Wang hantaran yang semakin tinggi mendatangkan banyak kesan kepada kedua-dua pihak.

Ada yang mengatakan semakin tinggi tahap pendidikan seorang wanita semakin tinggi wang hantaran yang dikenakan. Tahap pendidikan dijadikan bahan ukuran sesebuah perkahwinan. Melihat senario yang memperlihatkan nisbah penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) nisbah perempuan melebihi nisbah lelaki membuatkan lelaki takut untuk mendekati mereka. Apabila nisbah penutut perempuan lebih banyak maka alam pekerjaan juga akan di monopoli oleh kaum hawa. Dengan pendidikan yang tinggi sudah tentu mereka mempunyai pendapatan yang tinggi. Adakah mampu seorang lelaki berkerja biasa tanpa kelulusan tinggi untuk menyara golongan berpendidikan tinggi ini.

Sekarang ini, kalau seorang pemuda ingin mendirikan rumahtangga sekurang-kurangnya mesti menyediakan wang tunai paling kurang RM10,000. Kalau tidak ada sejumlah ini, jangan haraplah untuk berkahwin. Hantaran saja mesti menyediakan wang tunai antara RM7,000 hingga RM10,000. Hantaran kahwin pula dikenakan bergantung kepada tahap pendidikannya. Jika seorang perempuan berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi maka wang hantarannya pun akan mencecah sehingga RM 20,000. Apakah mampu seorang anak bujang yang bekerja sebagai kerani biasa dan gajinya tidak sampai RM1,000 untuk mengahwini gadis yang berpendidikan seperti ini?.

Ikuti pandangan Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Haji Sa’adin Sulaiman mengenai isu wang hantaran tinggi dan kaitannya dengan tahap pendidikan ini.

Anggun Mempelai: Apakah pandangan Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi yang mengenakan wang hantaran tinggi?

Haji Sa’aidin: Wang hantaran biasanya ditentukan oleh keluarga. Juga bergantung kepada faktor lain seperti status keluarga perempuan , pekerjaan dan jawatan pasangan. Tahap pendidikan bukan menjadi kayu pengukur untuk menetapkan wang hantaran tinggi dalam sesebuah perkahwinan.

Anggun Mempelai: Apakah akibatnya jika wanita berpendidikan mengenakan wang hantaran tinggi?Mungkinkah wanita berpendidikan tinggi akan lewat kahwin atau hidup
membujang?.

Haji Sa’aidin: Jika wang hantaran terlalu tinggi maka lelaki (berpendapatan rendah) yang ingin beristeri terpaksa berhutang atau melewatkan usia perkahwinan. Mungkin lelaki jenis ini akan mencari wanita yang terlalu mementingkan status dan sanggup mencari isteri yang biasa-biasa... Hari ini ada wanita berkelulusan tinggi yang sanggup bersuamikan lelaki yang lebih rendah kedudukan. Sebagai contoh Pegawai Perubatan (Dr) bersuamikan seorang kerani.  Pensyarah (perempuan) bersuamikan seorang anggota tentera berpangkat koperal atau peniaga kecil. Dalam perkahwinan yang penting adalah akad nikah. wang hantaran hanyalahadat dalam masyarakat. Jika wanita berpendidikan tinggi terlalu banyak bersyarat maka tidak ramai lelaki yang mampu memenuhituntutan tersebut dan tipislah peluang untuk bersuami.Sebahagian masyarakat melayu terpengaruh dengan majlis perkahwinan dikalangan artis dan pembesar negara. Pepatah` Biar papa asal bergaya` masih subur  dalam masyarakat.

Anggun Mempelai: Mungkinkah dengan mengenakan wang hantaran yang tinggi berlakunya senario wanita dan lelaki tinggal sebumbung tanpa ada sebarang ikatan?

Haji Sa’aidin: Isu Lelaki dan wanita tinggal sebumbung tanpa bernikah bukanlah
berlaku kerana wang hantaran terlalu tinggi, tetapi mereka adalah pasangan yang jahil dalam agama Islam. Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya.

Anggun Mempelai: Secara keseluruhannya apakah pandangan umum Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi lambat kahwin kerana ibu bapanya mengenakan wang
hantaran tinggi.

Haji Sa’aidin: Wanita berpendidikan tinggi lambat berkahwin bukan sahaja kerana ibubapa meletakkan syarat hantaran tinggi tetapi hari ini bilangan wanita yang berada di universiti melebihi jumlah lelaki. Oleh itu, mereka lebih bersedia menerima bakal suami
yang jawatan lebih rendah atau dari kumpulan biasa.

Anggun Mempelai: Apa pula kesannya terhadap lelaki jika wanita mengenakan wang hantaran tinggi?.

Haji Sa’aidin: Kesan terhadap lelaki jika wanita meminta wang hantaran tinggi…Akan ada lelaki yang takut untuk berkahwin…Lelaki akan hidup dengan `hutang keliling pinggang’.…Akan banyak lagi berlaku penyelewengan, rasuah, penipuan dan pecah amanah kerana memenuhi tuntutan adat…..Hidup akan menjadi hambar kerana fokus kehidupan lebih kepada materialistik. Kesian  ibu dan bapa si lelaki, anak lelakinya dah tidak dapat membantunya lagi kerana terpaksa cari duit banyak untuk bakal isteri. Mereka dulu sekolahkan anak lelaki, berbelanja untuk anak lelaki masuk universiti bila umur 27 atau 28 tahun umur anak lelaki tersebut ia akan simpan duit untuk wang hantaran yang tinggi bagi bakal isterinya….Islam tidak mengajar begitu.

Seorang lagi Pensyarah Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang mengkaji budaya pasca-kolonial dan kini fokus kajiannya adalah wanita Terengganu, Dr Rahimah A. Hamid menyatakan pandangan beliau mengenai isu tahap pendidikan dan kaitannya dengan wang hantaran tinggi.

Anggun Mempelai: Wang hantaran tinggi sinonim dengan tahap pendidikan. Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?

Dr Rahimah: Secara peribadinya saya tidak setuju jika ada yang mengatakan tahap pendidikan menjadi ukuran dalam menetapkan wang hantaran. Sebenarnya tahap pendidikan tidak mempengaruhi wang hantaran tinggi. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya di Kedah, wang hantaran ditetapkan berdasarkan keluasan tanah bendang yang di miliki oleh sesebuah keluarga. Semakin luas tanah bendang di miliki semakin mahal wang hantaran yang dikenakan.

Anggun Mempelai: Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menentukan wang hantaran ini?

Dr Rahimah: Biasanya dalam menentukan wang hantaran lelaki dan perempuan akan berbincang terlebih dahulu sebelum memberitahu ibu bapa. Kemudian barulah kedua-dua keluarga akan berbincang semula untuk menetapkan wang hantaran sama ada ikut kata sepakat anak mereka atau sebaliknya. Tapi..orang kuat agama biasanya akan merendahkan wang hantaran kerana sunnah Nabi sendiri ada menyatakan semakin berkat sesebuah perkahwinan jika hantaran rendah.

Anggun Mempelai: Selalunya faktor apakah yang diukur dalam menetapkan jumlah wang hantaran? Adakah tahap pendidikan menjadi ukuran?

Dr Rahimah: Kebanyakan orang sekarang akan menetapkan wang hantaran berdasarkan tarikh dan angka tertentu misalnya 22, 222. Peredaran masa juga menjadi ukuran kerana perubahan ekonomi akan menyebabkan hantaran bertambah tinggi. Sekarang…golongan yang ingin berkahwin ada kalanya akan berkongsi simpanan yang ada supaya wang hantaran dapat dipenuhi.


Anggun Mempelai: Apakah kesan jika jumlah wang hantaran tinggi?

Dr Rahimah: Melalui apa yang saya lihat dan pembacaan kesannya akan bertambah ramai golongan wanita yang tidak berkahwin. Nisbah golongan wanita di Institusi Pengajian Tinggi melebihi lelaki. Senario ini akan membawa kepada

Ibu bapa juga ada yang bertindak meletakkan wang hantaran tinggi kerana menganggap ia sesuai dengan taraf pendidikan anak mereka. Ibu bapa menjadi penentu dalam urusan perkahwinan anak mereka. Dalam menentukan hantaran kahwin mereka hilang sikap bertolak-ansur. Ibu bapa akan berkata mereka berbuat begitu hanya untuk kepentingan anaknya pada masa hadapan. Namun, selepas habis majlis perkahwinan bukan anak mereka yang akan menanggung keluarga. Kenapa mesti mengenakan hantaran tinggi yang akan menyusahkan hidup anak menantu kelak?. Tidakkah ibu bapa patut bersikap rasional dalam menentukan wang hantaran kahwin anak mereka?. Hantaran yang mencecah ribuan ringgit sudah pasti akan membebankan pihak lelaki.  Akibatnya selepas berkahwin pihak lelaki terpaksa menaggung beban hutang yang banyak.

Tahap pendidikan yang tinggi akan membuatkan wang hantaran tinggi. Senario seperti ini yang membimbangkan masyarakat. Ibu bapa ada kalanya berfikir bahawa penat lelah mereka menghantar anak mereka belajar tinggi-tinggi sudah tentu hantaran mereka juga kena sama taraf dengan tahap pendidikan mereka.

Apabila taraf pendidikan menjadi ukuran akan bertambah ramai wanita berpendidikan tinggi yang akan membujang kerana lelaki tidak cukup wang untuk berkahwin.

Keadaan ini akan terus berlaku jika kedua-dua belah pihak tidak berbincang dan menyelesaikan maslah hantaran tinggi ini, sudah pasti bilangan mereka yang hendak mendirikan rumahtangga akan berkurang.
Perkara yang negatif akan mudah berlaku apabila golongan muda mengambil jalan mudah untuk hidup bersekedudukan dengan pasangan tanpa mempunyai ikatan yang sah. Perkara ini berlaku kerana pihak lelaki tidak dapat memenuhi kehendak pihak perempuan yang mengenakan wang hantaran tinggi.

-TAMAT-

Trip to Imbak Canyon Day 3

Day 3 (25 March) in Imbak Canyon I woke up at 5am in the dark and took shower then proceed with breakfast at 6am. I couldn't slept...