(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1.  Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah  niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti  kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa  sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka .  Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi  pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s.  Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah  atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di  dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup  Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga  baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari  khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan  dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5.  Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan  umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan  ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6.  Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan,  siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia  berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan  oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain  sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus  pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w:  Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,  dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan  Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan  Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas  segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti  kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan  yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9.  Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban,  sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan  Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban  telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu  kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu  rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan  (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina,  kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10.  Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu  Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik  dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11.  Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu  pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya.  Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,  adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang  meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya  sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam  kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di  laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut  di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu  Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada  Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah  kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang  tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah  s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.  Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.  Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang  rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru  kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang  ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam  ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang  yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru  kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala  pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan  bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada  pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang  meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang  kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka  diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah  terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga  naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan  hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu  kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling  banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa  Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang  dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah  dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada  tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas  lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang  kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan  dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur,  mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar  siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
      1) Orang yang kekal minum arak
      2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
      3) Orang yang kekal dalam zina
      4) Orang yang banyak berkelahi
      5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
      6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16.  Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam  nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia  lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan  permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya,  adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan  bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang  berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.  (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau  izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan  lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau  sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil  ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku  di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana  beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam  sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada  siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada  kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan  yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau  sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah  mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa  sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w  terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu  kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan:  "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19.  Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal  kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam  Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar  kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa  sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada  Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga  malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian  pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di  dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila  telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn"  dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian  dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali  keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan  diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan  surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan  iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
-------------------
KELEBIHAN BULAN SYABAAN
Sabda  Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya,  kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas  kamu.
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban,  diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan  Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti  pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan  puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya  Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam  kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah  keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa  berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis  daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab  Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.
Sabda  Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.  Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah  menyucikan dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.:  Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa  tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku  beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya  yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi:  Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda  Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat  kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan  ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian,  Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa  kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an  atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya  seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan  atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian  makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan  Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka  pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w  lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya  tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang  menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal  dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
Allah  menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa  segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur  dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka  berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu  pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta  ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya.  Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah  pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut  dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan  dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut  di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu  Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada  Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu  bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak  mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah  mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Bahawa  malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam  Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat  sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari  dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang  siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan  daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya  seperti bulan purnama yang bermaksud:
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
      1. Orang yang kekal minum arak.
      2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
      3. Orang yang kekal dalam zina.
      4. Orang yang banyak berkelahi.
      5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
      6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada  malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan  kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta,  maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka  Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan  diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin  orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada  saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau  izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan,  lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu,  beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain,  Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku  kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam  sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN  ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU  DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA  KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU  SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa  sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w.  terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi  tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan:  Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah  disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan)  iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam  Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam  rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan  atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad  berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat  mustajab doa pada hari Jumaat
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai  sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan  umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan  pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan  diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula  YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan  doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan  beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan  kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya  Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah  menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu  dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu  atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku.  Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua.  Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku  lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya:  TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA,  DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN  MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya:  Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan  Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu  kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang  sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu,  Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat  Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
--------------------
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm
BULAN SYA'BAN :
Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap  bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai  kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya  Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik  dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi  Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab,  Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang  istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis  dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang  kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan  tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan  yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan  kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat  sebagai masa mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban adalah antara  bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa  di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa  sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam  makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan  yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi  apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal  kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah  mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan  bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan  kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini  diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang  digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat  ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama  supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini  melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu  adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat  itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha  tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat  yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala  jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain  syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu  syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau  orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain  daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat  membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu  ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada  Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan  membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq  serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan  sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan  memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di  antaranya ialah  http://www.ashtech.com.my/bulanislam/images/istigafar.jpgbererti: “Aku  memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir  ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan  hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan  membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat  banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia  mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil  daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini  bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang  yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana  berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang  itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja  dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan  bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga  mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar  duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat  juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i.  Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan  pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam  keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh  dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu  pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika  berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa.  Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon  sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala  dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain  daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di  bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan  seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu  malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan  kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan  dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah  ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban  berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:
Maksudnya:  “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah  bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya  amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal  ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Adapun  kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis  shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah  menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka  diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan  Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di  Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan  doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada  kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam  iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil  fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu  Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu  Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah  Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang  diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun  cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan  sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari  penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib  al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid  bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada  Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang  ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:
1.  Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu  malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai  harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2.  Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka  menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat  dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita  sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an  seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di  masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah  atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan  oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam  keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai  cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan  perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu ialah  bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada  tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah  menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang  itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an  atau pun hadis.
Jika seseorang itu masih juga ingin untuk  melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan  sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara  waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir  atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban.  Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja  sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.
Adalah  mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud  perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang  membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban.  Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan  ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan  berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang  kepada maksiat.
Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah  bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak  berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai  persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda  itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan  Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam  Nisfu Sya‘ban.
*********
FADHILAT SYA'BAN
sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2
1.  Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami  Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina  'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita  mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami  berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah  S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan  dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan  pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
2.  Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham  daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah  telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa  melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan  penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah  amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak  membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan.  Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang  sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila  mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam  berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)
3.  Telah memberitahu kami Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn Abi Labid  daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina  'Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah  baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda  S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan :  Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W  berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W  pada bulan Sya'ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya'ban sebulan  penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)
4.  Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais  sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata : Bulan  yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa  padanya adalah bulan Sya'ban kemudian disambung puasa pada bulan  Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
5.  Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah  bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah!  sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku  tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya.  Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya'ban bulan  diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia  mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih  suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Mka aku  berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis  dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W :  Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari  itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya  aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )
HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN
1.  Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal  daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta'ala memerhati  makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya'ban maka Dia akan  mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang  bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
2.Daripada  Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-'As  daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu  (pertengahan) daripada bulan Sya'ban, pemanggil akan memang- gil :  Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun  baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi?  Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi  melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti)
Penerangan Hadis:
1.  Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan  Sya'ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi  bulan-bulan yang lain.
2. Hadis-hadis ini juga menerangkan  bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya'ban iaitu sunat bukannya wajib.  Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan  ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu  ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah  fi'liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah  di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
3. Baginda S.A.W  juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik  terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan  sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.  Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak  berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini  menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan  tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan  mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri  sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa  berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama  ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.
4.  Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan  berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa  padanya.
5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang  muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah  sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya.  Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita  seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah  terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan  diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan  perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati  segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh  Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6. Baginda S.A.W juga  menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai  kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada  bulan Sya'ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W  juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa  dan beribadah kepada Allah.
7. Islam mengajar kita agar  menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya  dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila  tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan  masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk  mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut  dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk  menghancurkan kita.
8. Islam mahu melahirkan umat yang  berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh  kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan  bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang  dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa  tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi  sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W  sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon  keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan  juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara.  Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita  jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan  ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan  ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang  besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat  setempat dan juga pemerintahan negara.
9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.
Biografi
1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3.  Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji  oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah  Mukarramah.
Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd
http://www.ashtech.com.my