BUSAN (17
April 2016)
Agak lewat masukkan entry ni. Anggap sahaja 2016 agak sibuk untuk blogging.
Busan adalah
destinasi terakhir yang kami singgah sepanjang trip ke South Korea pada April
2016.
Terlupa untuk
menitipkan sedikit cerita mengenai perjalanan kami di Busan untuk penutup
cerita di Korea.
Tujuan utama
kami ke Busan sudah tentu untuk lawat Gamcheon Cultural Village yang famous tu.
Penerbangan
ke Busan menaiki Busan Air seawal 8.25 pagi dari Jeju dan tiba di Busan 9.25
pagi. Tiket ni kami tempah awal dengan harga 57, 040 won per person.
Sampai di Airport
Busan, kami terus menaiki subway menuju ke Busan Popcorn Hostel Nampo yang
berhadapan dengan BIFF Square. Turun di Jagalchi Station dan jalan kaki sekitar
5 minit.
Hostel ni juga
dekat dengan Jagalchi Market, pasar basah yang menjual pelbagai jenis hidupan
laut di bahagian bawah dan restoran di tingkat atas.
Hostel ni
terletak di tingkat satu Ediya Coffee Shop. Harga 60,000 for a night for 3
persons.
Kami tiba di
hostel sekitar jam 11pagi sebelum waktu check in (3pm), jadi kami minta
permission untuk letakkan beg sahaja sebelum keluar menuju ke Gamcheon Culural
Village.
Tengahari
buta tu la kami menapak rumah budaya yang berwarna-warni di Busan tu.
Jika di Seoul
kami beli pass subway T-Money tapi di Busan kami hanya guna 1 day pass dengan
bayaran 4, 500 won.
Kami naik
subway dan turun di Toseong Station, exit 6 dan tunggu bas ke Gamcheon dari
situ. Tempat tunggu bas tu berhampiran dengan hospital Busan Cancer Centre.
Dari situ ambil local bas no 2 yang akan terus naik hingga ke Gamcheon Village.
Kebanyakan
orang dalam bas tu memang akan turutn di Gamcheon jadi ikut ja turun bila ramai
orang turun. Bas ni untuk orang local tau, jadi memang banyak berhenti untuk
turunkan penumpang.
Perjalanan
dalam bas ni boleh feel macam naik roller coaster sebab banyak sangat selekoh
dan ruang jalan pula agak sempit. Kalau drive sendiri tidak tahu la macam mana.
Perjalanan naik bas dalam 10-15 minit sebelum tiba di Gamcheon.
Bas akan
berhenti betul-betul di bus stop di luar Gamcheon Village. Jadi kena
menyeberang jalan untuk mula explore perkampungan yang colourful ni. Tapi
sebelum mula meronda, kena la beli maps yang dijual dengan harga 2, 000 won.
Untuk menjimatkan masa sebelum tersesat di kampung orang.
|
Hiasan unik pertama akan dijumpa sebaik masuk ke Gamcheon Cultural Village |
Walaupun tiba
di perkampungan ni jam 12.20 tengahari tapi disebabkan cuaca Spring yang masih
terasa sejuk, tidak la terasa berpeluh masa pusing-pusing perkampungan budaya
ni.
Lokasi wajib
kami jejaki di Gamcheon Cultural Village ni adalah lokasi penggambaran variety
show-Running Man. Sanggup tahu meredah setiap lorong untuk sampai ke rooftop
lokasi dimana Running Man bersama Choi Ji Woo main game.
|
yeay jumpa jugak lokasi penggambaran Running Man pada 2012 di sini |
|
Colourful sangat pemandangan belakang aku ni |
|
belalai gajah pun jadi hiasan tau..kreatif sungguh mereka di sini |
Perkampungan
ni sangat besar jadi kami pilih tempat yang kami rasakan penting sahaja untuk
bergambar. Terlalu banyak spot bergambar yang disediakan.
Kami
luangkan hampir 2 jam di Gamcheon Village ni sebelum kami mencuba nasib melihat
tapak festival canola flower di Busan.
Lepas tu,
kami terus menuju naik subway menuju ke Gangseo office-gu station, exit 2 dan
berjalan 15-20 minit ke Festival Canola Flower di Nakdong River.
Tapak
festival ni agak jauh jadi perjalanan naik subway hampir 20-30 minit untuk sampai
ke Nakdong River ni.
Kami sampai
tapak festival kira-kira 3.30 petang. Ribuan manusia membanjiri kawasan Daejo
Ecologial Park dimana festival tu diadakan. Habis canola flower dipijak ribuan
manusia.
|
ladang Canola Flower ni lebih luas dari padang bola |
Jadi kena
pandai cari sudut yang terbaik supaya gambar tidak di photobomb oleh orang
lain.
Sebenarnya
dalam itinerary tiada pun festival ni masuk list. Tapi bila terjumpa seorang
Malaysian masa di Jeju inform pasal canola field yang besar di Busan, kami
terus google untuk cari cara untuk ke festival ni.
Sebab di Jeju
agak kecewa bila kawasan Seopjikoji tidak ditumbuhi dengan Canola Flower
seperti yang dilihat melalui gambar.
Rupanya
rezeki untuk melihat canola flower field ada di Busan. Siap dapat sertai orang
tempatan meraikan festival bunga tu.
Sepanjang
laluan pelbagai jenis makanan seperti fish cake dan sosej yang dijual tapi
sebab tidak yakin, terpaksa la telan air liur sahaja.
Niat untuk
luangkan masa yang lama di Festival Canola Flower ni terbantut sebab seorang
travel buddy kami ada emergency untuk ke tandas. Jadi lepas cepat-cepat
bergambar dimana sudut yang kami rasa terbaik, kami balik ke subway station
semula.
Rasanya kami
di tapak festival tu hanya 30 minit sahaja. Boleh la tangkap puluhan gambar
untuk kenangan.
Dari tapak
festival, kami kembali semula ke Jagalchi Subway Station untuk check ini hostel
dan berehat.
|
Ikan apa ntah, main tunjuk menu ja...masakan nampak simple tapi sedap |
|
Pajeon tu sahaja yang diorder, yang lain ni semua side dishes |
|
begini la suasana tempat makan di Aras 1 Jagalchi Market, boleh duduk bersila juga ya |
Kami memang
plan mahu makan seafood di Jagalchi Market for last day. Sebelum pulang ke
Malaysia keesokan harinya, kami kena la merasa makanan Korean kan.
Lepas
berehat, mandi dan selesaikan tuntutan agama. Malam tu kami keluar jam 7 malam
untuk dinner dan shopping di BIIF Square.
Untuk dinner,
kami tidak rajin untuk memilih ikan di aras bawah. Jadi kami hanya memesan
sahaja hidangan yang ada di gera-gerai tingkat atas. Kami random pilih sahaja
gerai yang ada lepas tu tanya jika mereka ada serve daging ke tidak. Bila yakin
memang semua yang dijual di gerai tu seafood, terus order satu lauk dan pajeon
(pancake Korea). Harga semuanya sekitar 100,000-130, 000 won. Tidak berapa
ingat sudah exact figure.
Biarpun order
dua tu sahaja tapi side dishes yang dihidangkan bersama dua jenis makanan tu
penuh satu meja ok..side dish yang wajib adalah kimchi. Dari kimchi kubis
hingga kimchi lobak ada.
Terus terang,
aku tidak berkenan sangat dengan kimchi yang bahan asasnya kubis sebab terlalu
masin. Kimchi lobak lebih sesuai dengan selera orang Sabah macam aku.
Overall
makanan yang kami order tu memang sedap dan berbaloi la untuk buang hampir 100,
000 won untuk makanan sahaja. Bukan setiap hari belanja banyak untuk makan
sepanjang di Korea. Jadi kira ok la.
Siap makan,
kami terus menuju ke BIIF Square kononnya mahu cari souvenirs Busan sekali
sampai, banyak gerai sudah tutup. Nangis!!! Masa tu baru mahu masuk jam 9 malam
pun tapi pasar sudah tutup.
Jadi kami
hanya ronda deretan kedai yang ada di sepanjang tu. Ada juga la barangan untuk
dibeli macam aksesori dan produk make up.
Usai ronda
apa yang boleh, kami kembali semula ke hostel. Masa balik ni terpaksa pula
tunggu pintu hostel dibuka. Tersadai juga dekat pintu almost 15 minit gara-gara
tunggu orang yang jaga hostel tu tolong buka pintu.
|
Ada 2 katil double decker dalam bilik kami |
Hostel ni
macam dijaga oleh pelajar foreigner yang duduk atas hostel ni. Masa check in
pagi tadi sempat sembang dengan seorang yang berasal dari Hong Kong. Kerja
sambil study agaknya.
Ok selamat
masuk bilik, kami pun sibuk mengemas backpack sebab esok pagi kena berangkat ke
airport untuk balik ke Malaysia. Tamatlah pengembaraan di Bumi Kimchi selama
seminggu.