Wednesday, April 1, 2015

3rd day in Yangshuo, Guilin

Hari ketiga di Yangshuo (Jan 11)

Alhamdulillah cuaca pagi hari ini agak baik biarpun pada sebelah petang diramalkan akan hujan.

Hari ni kami putuskan untuk mengikuti tour Yulong Bamboo Rafting dan kami mengambil pakej yang ditawarkan di hotel.

Untuk Yulong Bamboo Raft kos yang kami bayar adalah RMB 85 per person. Banyak tour agencies yang ada sekitar Yanghsuo ni tapi malas mau cari pakej yang lebih murah. Kami ambil jak pakej yang ada di hotel, senang dan jimat tenaga.

Bamboo Raft tu start jam 2 petang, so ada masa lagi mahu ronda-ronda Yangshuo.

Sebelum mula meronda, kami breakfast dulu di restoran persinggahan wajib kami sepanjang berada di Yangshuo.

Hari ni barulah kami mencuba ramen soup yang kami selalu tengok orang makan. Memang sedap sangat-sangat ramen soup yang jadi 'signature dish' di restoran tu.

Menyesal x order dari hari pertama berada di Yangshuo so, kalau datang Yangshuo memang aku reccommend orang rasa ramen soup restoran ni..rugi kalau x makan

Selesai menghabiskan ramen soup yang kuantitinya agak besar untuk aku..kami teruskan misi meronda Yangshuo.


Kami berjalan kaki selama hampir setengah jam ke kawasan dimana Impression Show Sanjie Liu diadakan.

Owh ya, kami langsung tidak tengok sebarang show masa di Yangshuo sebab malas mau bazir masa tengok persembahan yang kami tidak faham.

Biarpun boleh jak sebenarnya faham-faham sendiri tapi kesian travel buddy aku, asal tengok show confirm lena. So, kali ni aku skip tengok persembahan kebudayaan masyarakat di sini

Bila sampai tempat Impression Show diadakan tu, latar belakangnya memang cantik. Tidak rugi meredah kesejukan bandar Yangshuo untuk sampai ke kawasan cantik tu.

limestone di belakang tu la background untuk Impression Show
somewhere around here, they perform Impression Show at night
Sambil-sambil tu kami sempat juga beli strawberry yang memang diidam-idamkan sejak terlihat orang jual strawberry di bawah jejantas pada hari pertama di Yangshuo

Bila pulang semula ke hotel, hujan renyai-renyai mulai turun tapi kami masih lagi gagah redah hujan pakai rain coat. Hari terakhir untuk survey barangan yang ingin dibeli kerana keesokan harinya kami akan kembali ke Guilin.

Nampak orang jual payung tapi sebab hujan x berapa lebat, kami putuskan pakai rain coat jak

Apabila tiba masa untuk menaiki bas menuju ke Yulong River (kira-kira 2 petang), x sangka pula hujan makin lebat. Hah haru biru di buatnya. Mana sempat mau beli payung sebab bas sudah menunggu di seberang jalan.

Nasib baiklah Doris sudi pinjamkan payung untuk kami kongsi berdua. Dengan rain coat yang masih dipakai, ok juga la x basah teruk

Perjalanan ke Yulong River dari West Street kira-kira 30 minit dan kawasan dilalui memang kawasan perkampungan.

Tiba di Yulong River tempat mau ambil bamboo raft, turun jak dari bas rombongan kami terus diserbu auntie-auntie yang jual rain coat dan plastik. Based on my understanding, plastik tu untuk balut kasut, takut basah

Ermm...aku x nampak keperluan plastik tu so, kami refuse untuk beli. Tapi sebenarnya, berguna juga plastik tu sebab ada certain parts yang akan buatkan kasut basah sekiranya tidak sempat angkat kaki bila rakit menuruni kawasan curam.

Untuk menaiki rakit ni kena tunggu giliran..so, sambil-sambil tunggu tu boleh juga kalau ada mau makan sebab ada gerai yang menjual makanan di kawasan menunggu ni.

Sampai giliran kami menaiki bot tu..aku memang excited sebab nampak pemandangan kiri dan kanan yang memang amazing.

Dengan cuaca yang hujan tu memang layan tengok pemandangan yang seakan-akan dalam lukisan sepanjang Yulong River ni.

jom pilih rakit mana mau naik

Perjalanan menyusuri Yulong River ni ambil masa hampir 2 jam. Biarpun banyak blog aku baca bagitau aktiviti menyusuri sungai ni antara 1 jam atau 1 jam 30 minit tapi untuk tour kami ikuti ni hampir 2 jam. Sebab, uncle yang dayung rakit kami tu, berhenti berehat lagi. Mungkin terlalu penat mendayung.

abaikan muka berseri-seri tu..nampak sangat effect Camera 360..perkenalkan unlce yang bawa kami menyusuri Yulong River
Dayung pakai sebatang buluh jak lagi tu..memang penat kali kan. Usia uncle ni pun seakan-akan 30-40an.

Part mencemaskan bila menuruni curam. Biarpun tidak tinggi tapi panik juga kami dibuatnya sebab takut kalau-kalau rakit tu terbalik..tapi hakikatnya memang x akan terbalik sebab rakit tu cukup panjang dan seimbang
Tengah-tengah perjalanan aku nampak ada lagi satu port tempat orang mau naik bamboo raft..

nampak batu-batu tu, kawasan tu la memerlukan bot menjunam sedikit untuk menuruni curaman tu
nampak macam camel kah

Sepanjang sungai. banyak photo booth yang siap ada jurugambar lagi so, kalau x mau beli gambar, inform jak dengan pendayung rakit tu bahawa anda tidak mau bergambar. Just say 'No' faham la mereka tu.

Photo booth pertama kami TERsinggah sebab uncle tu yang bawa berhenti. Aku dan kawan aku pun dengan muka x ikhlas beli juga gambar tu biarpun x berapa clear. Aku beli gambar ni dengan harga RMB 20. Aku rasa mahal tapi apa boleh buat beli jak la sebab uncle tu beria-ia suruh kami pilih gambar

Lepas booth pertama tu, bila nampak photo booth sepanjag sungai terus kami bagitau 'No' dan uncle tu pun ikut jak kemahuan kami agar tidak berhenti

Separuh perjalanan, uncle tu berhenti berehat dan nasib baiklah satu lagi pasangan yang sama bas dengan kami turut dibawa berhenti di situ. Jadi, kami tidak la ditinggalkan bas jika terlewat.

lepas ni boleh la aku keja part time dayung rakit di Yulong River...walaupun sebenarnya aku dayung salah arah
kalau sampai jambatan ni maknanya, aktiviti menyusuri Yulong River sampai ke penghujungnya
Resort yang nampak macam resort utk orang2 kaya...dekat jak dengan finishing line utk Yulong Bamboo Raft
Kami selesai menyusuri Yulong River ni kira-kira 4.30 petang. Alhamdulillah berjaya sampai tebing dengan selamatnya.

Masa sampai darat ni, hujan semakin lebat dan terpaksa la berlari-lari anak untuk ke tempat yang boleh berteduh

Berdiri di situ menanti bas kami tiba hampir 10 minit rupa-rupanya bas yang kami naiki semasa datang sudah bertukar dengan bas lain. Nasib la couple yang berhenti sama-sama kami tu naik bas baru tu. Kalau tidak sampai malam la kami berdua tunggu bas yang x sampai2

Sampai sahaja di West Street hujan makin lebat..masa ni basah kuyup. Habis kasut ikut basah. sudah la kasut yang aku bawa satu jak..ermmm bau masam la jadinya

Malam terakhir di Yangshuo, kami shopping sekadar yang mampu. Sebab memang niat bukan untuk bershopping kan. Dalam pada tidak mau shopping, habis juga dalam RMB 500 hahaha...perempuan dan shopping memang susah dipisahkan

Aku hanya beli selendang untuk family aku..serta fridge magnet, lampu & souvenir untuk kawan-kawan

Untuk diri sendiri sempat juga la aku beli purse dan jam tangan..sekadar tanda ingatan untuk diri sendiri.

Keesokan harinya, seawal 7 pagi lagi kami sudah bertolak untuk ke Guilin City. Biarpun hujan lebat, terpaksa juga rempuh hujan ke bawah jejantas berhampiran West Street untuk menunnggu bas.

Dari West Street, kami hanya menaiki public bus yang tambangnya hanya RMB 2 per person. Sampai bus station yang terletak kira-kira 15-20 minit (depends on traffic), kami terus menaiki bas yang konduktornya menyebut Guilin. Tu jak yang kami faham dia sebut. Tambang bas dari Yangshuo ke Guilin ni hanya RMB 20 per person.

Ni bajet aku sepanjang berada di Yangshuo

Day 1 (9 Jan 2015)
1/ Li River cruise tour = RMB 450
2/ Electric Bus = RMB 15
3/ Food = RMB 80 for two (RMB 40 each)
Total = RMB 505

Day 2 (10 Jan 2015)
1/ Silver Cave = RMB 85
2/ Food = RMB 67 for two (RMB 33.50 each)
Total = RMB 118.8

Day 3 (11 Jan 2015)
1/ Yulong bamboo Rafting = RMB 85
2/ Food (lunch+dinner) = RMB 93 for two (RMB 46.5)
3/ Photo at Yulong River = RMB 20
4/ Souvenir shopping = RMB 410
Total=  RMB 561

Day 4 (12 Jan 2015)
1/ Bus from West Street to Bus Terminal = RMB 2
2/ Bus fare from Yangshuo to Guilin = RMB 20
Total = RMB 22

Total expenses 4D 3N in Yangshuo = RMB 1,206.80

2nd day in Yangshuo, Guilin

Hari kedua di Yangshuo (10 Jan)

Disebabkan plan untuk cycling country tour terpaksa dibatalkan maka hari kedua ni, kami hanya ambil package tour yang ditawarkan di Bamboo House Hotel.


Kami putuskan untuk ke Silver Cave. Tiket tour ke Silver Cave ini dijual pada harga RMB 85 per person inclusive entrance ticket dan tambang bas.

Kami terlepas morning tour to Silver Cave. Gara-gara hujan, kami ralit sangat berguling dalam selimut so, terpaksa ikut tour pada waktu petang iaitu pada jam 2.30 petang.

Melihat masih ada masa terluang, kami pun lunch di restoran yang sama sebelum meninjau2 kawasan sekitar. Sambil-sambil tu kami turut meninjau mana letaknya stesyen bas untuk ke Silver Cave petang nanti.

Kami perlu cari stesyen bas tu sebabnya, hotel hanya provide details sahaja selebihnya, pandai2 la cari mana bas tu parking.

Disebabkan itu, mana-mana stesyen bas yang ada, kami terus ambil gambar untuk ditunjukkan dengan receptionist hotel, yang kami kenali sebagai Doris. Bas ke Silver Cave tu parking betul-betul depan restoran halal yang jadi dapur kami sepanjang di Yangshuo.

Tapi sebelum balik hotel, kami menyinggah lagi untuk lunch. Hari kedua di Yangshuo ni, kami order sup ramen bersama telur yang digoreng bersama tomato.


comel jak adik ni..selalu senyum sambut kedatangan kami ke restoran diorang ni
ni la owner restoran halal di Yangshuo..terror uncle ni buat doh ramen

Makanan yang dipilih tidak dapat diterima tekak kami. Silap pilih ramen sebenarnya sebab tu la sup separuh jak yang berjaya dihabiskan. Maklum la makanan main tunjuk jak..

Lihat gambar, aku ingatkan sup tu gunakan mihun. Rupa-rupanya, ramen sup tu guna mee yang besar & bukan mee kuning yang macam kita buat mee goreng tau..Tekak aku memang tidak boleh layan mee macam ni.

Selesai lunch, kami kembali semula ke hostel dan mengambil tiket bas yang perlu ditunjukkan kepada konduktor bas. Bas ke Silver Cave semuanya parking di stesyen bas berhadapan restoran halal yang kami pegi sepanjang berada di Yangshuo.

Berbekalkan written receipt yang Doris bagi, kami tunjukkan dengan konduktor merangkap guide bas kami naiki.

Lepas guide bagi confirmation bahawa itulah bas ke Silver Cave dengan sign language, dia bawa cakap Cina, ngaga kami dibuatnya. Last-last dia suruh naik jak bas tu.

Sepanjang perjalanan ke Silver Cave, aku dapat lihat kebun Strawberry di sepanjang jalan..masa tu baru aku tahu, Strawberry antara tanaman utama di Yangshuo selain limau bali. Ni berdasarkan pemerhatian semata-mata, x sempat mau google info apa tanaman utama mereka di sini.

Sampai di Silver Cave, guide kami memberikan kertas bertulis no plate bas serta waktu untuk berkumpul semula dalam bas.

Selain kami, dia turut berikan info bas tu kepada dua orang lagi Mat Salleh yang menyertai tour ni. Hah yang ni kami tidak sempat berbual jadi, kami x tahu dari mana mereka berdua ni.

Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk melawat gua batu kapur tu. Kami sampai pun dalam jam 3.45 petang.

Sampai sahaja berhampiran entrance cave tu, guide kami mendapatkan tiket untuk semua penumpang yang menaiki bas berkenaan. Lepas ambil entrance ticket, kami pun buat hal masing-masing dalam gua.


Mereka menyediakan Chinese guide untuk beri penerangan pada setiap seksyen gua. Tapi…disebabkan kami tidak faham bahasa Cina, kami berdua pun melawat gua tu sendiri-sendiri tanpa bantuan guide. Bukan susah pun, baca jak signage yang ada.

Pada awalnya, aku tidak expect Silver Cave ni tempat yang menarik. Ya la sekadar gua batu kapur kan..tapi bila masuk, gua ni sebenarnya mempunyai rock formation yang cantik ditambah dengan hiasan lampu warna-warni menampakkan lagi bentuk batu yang unik. Subhanallah sungguh indah ciptaan-Nya.

Walaupun tiada guide untuk menerangkan setiap bentuk batu yang ada, tanda nama dalam english yang diletakkan di setiap rock formation memudahkan pengunjung mengetahui bentuk-bentuk batu yang ada.


music screen ni la susah mau ambil gambar dari tengah sebab ada photo booth
they call it reflection on water
Hampir setiap seksyen kami akan berhenti ambil gambar. Ada some parts jak yang susah sikit mau ambil gambar. Antaranya, di kawasan music screen, sebab ada station bergambar diletakkan di situ. Kalau mau gambar cantik, beli la gambar dari official photographer yang set up booth di kawasan berkenaan.

Untuk exit cave ni, kitorang lalu supermarket jual souvenir dan makanan kering..so, mana-mana pengunjung yang datang, boleh la membeli-belah di situ sebelum pulang. Kami hanya cuci mata sahaja kerana kurang yakin sebab tiada tanda halal pada makanan yang dijual.

Selesai melawat cave, kami naik semula ke bas kira-kira jam 5 petang. Apabila semua penumpang sudah sampai, bas pun bergerak ke Yangshuo town