Tuesday, November 26, 2013

Indonesia Trip-Day 6-7 (Bali)

Bali 16-17 Oktober 2013

Hari Kedua di Bali, seawal 6 pagi, aku menghantar pesanan ringkas kepada driver yang bakal bawa kami berwisata sepanjang hari.

Tup-tup dia reply yang di Bali, kawasan untuk wisata semuanya bermula pada jam 8 pagi (lebih kurang la kalau di Malaysia) so, terpaksa la kami menungggu hingga jam 8 pagi jika ingin mulakan trip di Bali.

Maka, dengan masa yang bersisa, sempat juga la kami melayan Facebook masing-masing kemudian keluar untuk breakfast di KFC yang sememangnya dibuka 24 Jam. Makanan di KFC tu rata-rata murah, iaitu dalam Rp 20,000 untuk seorang makan.

Sebelum jam 8, kami kembali semula ke hotel, ya lah takut-takut kalau lambat driver tu yang akan ternanti-nanti, silap haribulan kena tinggal.

Driver ni, kami kenali melalui driver yang aku kenal di Jogja dan dialah yang recommend agar kami gunakan perkhidmatan Bali tour dari kawan dia, yang mana aku kenali dengan nama ‘Miko’.

Sebelum memulakan tour, aku sempat SMS Miko, untuk minta confirmation jadi atau tidak tour tu sekaligus tanya harga tour yang dijanjikan iaitu Rp 400,000 (mungkin ni standard tour di Indonesia). Tapi kalau ada lagi murah yang orang dapat, untunglah.

Owh ya, bayaran tu tidak termasuk tiket parking kereta di tempat-tempat yang kami kunjungi. Bayaran parking pun kalau dicampur semua tidak sampai Rp 20,000 so, masih lagi boleh diterima akal.

Bila jam menunjukkan  8 pagi, aku membuat panggilan kepada Miko kerana kereta yang ditunggu masih belum tiba. Dia memberitahu bahawa adiknya akan menjadi driver merangkap tour guide kami sepanjang hari itu kerana dia mempunyai komitmen lain.

Tidak kisahlah siapa yang ambil, yang penting kami ada transport untuk bergerak ke sana ke mari.

Menerusi panggilan ringkas di telefon, si pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Putra, bukan putera raja ya... dia memberitahu dia sudah berada di luar kawasan Tune Hotel dan kami terus keluar mencarinya.

Sekali lagi driver kami agak muda dari kami, aku kira umurnya mungkin awal 20an. Budak Putra ni ok juga la walaupun kurang ramah orangnya tidak seperti Mas Fajar, driver kami di Jogja yang banyak bercerita dan banyak bertanya mengenai Malaysia.

Putra ni katanya berasal dari kampung dan berhijrah ke Bali sudah hampir lima tahun.

Setelah menaiki Avanza yang merupakan kenderaan utama tour di Indonesia, Putra memberitahu agak mustahil untuk mengikut itinerary yang aku cadangkan kerana plan aku ingin ke Tegallalang Rice Terrace, Uluwatu dan Pura Tanah Lot.

Tetapi perjalanan untuk ketiga-tiga tempat wisata itu tidak sehaluan jadi agak susah untuk dipenuhi.

Sebaliknya, dia mencadangkan tiga tour berlainan, dan kami memilih Ubud Tour, yang mana salah satu kawasan yang akan dilawati adalah Tegallalang Rice Terrace. Aku dan travel partner aku sangat teringin melihat rice terrace tu sebab tu kami memilih Ubud Tour.

Setelah buat keputusan, destinasi pertama kami adalah melihat persembahan Barong Dance di Sari Wisata Budaya dengan tiket masuk berharga Rp 100,000 per person.
 
Persembahan ini bermula pada jam 9 pagi dan mengambil masa sejam tetapi seperti biasa, kami tidak menunggu persembahan tamat kerana kurang faham dengan persembahan yang disampaikan dalam bahasa jawa. Tapi, sempat juga kami merakamkan beberapa aksi lakonan mereka

antara watak-watak dalam persembahan Barong Dance
antara watak penjahat dalam Barong Dance Performance...credit to Esah for this photo
Tapi ramai juga sebenarnya orang yang tunggu sehingga persembahan tamat kerana mereka mungkin ingin melihat pengakhiran cerita berkenaan. Walau tidak faham, dari gerak-geri pun boleh la faham sikit-sikit kan

Budak Putra walau agak pendiam, tapi dia sangat berjiwa JAWA. Ermmm kenapa aku sebut macam tu, ni semua gara-gara lagu sepanjang perjalanan kami adalah lagu tradisi Jawa dan juga lagu Jawa yang di hip hop kan..kami layan juga la lagu-lagu tu biarpun sepatah perkataan pun nda difahami.

Bagi aku itu cara dia memperkenalkan budaya masyarakat Jawa...keluar dari melihat persembahan Barong Dance, Putra membawa kami melihat Studio Painting Udiyana.

ni la owner studio ni..Udiyana
antara artis yang menghasilkan karya di sini
Aku perasan di Bali ni orangnya sangat berseni, selain lukisan dan batik, ukiran kayu juga antara sumber pendapatan dan tarikan pelancongan di situ.

Aku yang memang bukan berjiwa seni ni, melihat lukisan hanya pada pandangan mata kasar..jadi aku tidak berminat untuk beli hasil seni yang dipamerkan di sana. Lagipun kewangan kami sudah berada pada tahap cukup-cukup makan. Maklumlah hari-hari terkahir percutian.

Selesai dengan melihat hasil seni lukis, kami dibawa singgah ke tempat menjual Batik Bali dan harganya hurmmmm..tempatnya sangat eksklusif dan harganya dijual pada Australia Dollar-AUD
tekun jak akak ni demo cara menenum kain
Di Bali, kebanyakan pelancong adalah Australian, sebab tu la kebanyakan barangan dijual pada harga Australian Dollar.

Di tempat menjual batik ni, kami berpeluang melihat cara menenun kain dan membuat ukiran batik. Disebabkan harga Batik terlalu mahal, shawl sahaja sudah berharga Rp 500,000 wowwwww...mahal gila la, kami hanya melihat sahaja tanpa membeli sebarang batik.

Lagi pula, di Bandung, sudah banyak baju batik yang kami borong. Memandangkan tidak dibenarkan ambil gambar dalam kedai mewah tu, tiada la gambar untuk dikongsikan

Lepas dari situ, kami terus menuju ke tempat membuat ukiran kayu. Kebanyakan ukiran kayu di sini bercirikan Buddha. Ada juga beberapa ukiran lain, tapi bajet tiada, so aku abaikan hasrat mau bawa ukiran kayu balik Sabah. Kami hanya mencuci mata dan mengambil gambar sahaja.

gigih Bapak ni menyiapkan ukiran kayunya...
Selesai mengunjungi tempat menjual ukiran kayu, kami meneruskan lawatan ke tempat membuat dan menjual silver.

Nama tempat ni Semadi Art Gallery’. Di sini, aku membeli charm ala-ala pandora yang kononnya mau simpan di starter bracelet Pandora (yang aku dapat free masa cover function Pandora di KK).

Aku beli charm tu dengan harga Rp 200, 000 untuk dua charms..Tapi bila balik Sabah, lubang charm tu kecil sangat la pula terpaksa simpan charm tu jadi hiasan.

Dari situ, kami terus menuju ke Monkey Forest. Bayaran tiket masuk Rp 20,000 per person as of October 2013.
abaikan minah salleh tu..tengok aksi si monyet tengah cari kutu
Di sini kami agak berhati-hati untuk posing di setiap sudut kerana takut monyet tu tiba-tiba melompat ke arah kami.

Aku tidak juga takut cuma tidak berani mau dekat-dekat sama tu munyit nanti nda pasal-pasal kena cakar.

Kawan aku sorang ni la yang ketar lutut bila tengok tu munyit bergaduh sesama sendiri. Lawak pun ada tengok gelagat kawan aku yang ketakutan sampai nda dia terasa kuat betul dia tarik aku hahaha...penakut rupanya kawan aku sorang ni

Ketika monyet tu gaduh, aku ternampak sorang anak orang putih yang mungkin berusia 2-3 tahun ketakutan..kesian budak tu, mesti mimpi ngeri

Siap mengambil gambar di kawasan hutan monyet tu, kami terus menuju ke tempat yang dinanti-nanti iaitu Tegallalang Rice Terrace.

Melihat jak kehijauan padi bukit tu terus aku terpegun...sangat indah tempat tu..kalau la padi bukit di area Tambunan dan Keningau, Sabah, dijaga dan dijadikan tempat kunjungan pelancong seperti ni, pasti untung pengusaha padi kan.
edited version..tapi rice terrace ni memang sangat cantik dan menenangkan jiwa dengan kehijauannya
Bayaran berhenti dan mengambil gambar di situ adalah Rp 5,000 per person.

Kecantikan tempat tu sukar untuk aku ungkapkan dengan perkataan, bairlah gambar bercerita

aku dan padi bukit....datang jauh2 haruslah posing semua tempat
aksi wajib 'mikikiut' orang Sabah bilang hahaha....
Di sini ada juga restoran yang berlatar-belakangkan terrace rice tu tapi kami tidak makan di situ sebab Putra mencadangkan kami lunch di Kintamani.

Melihat kesesakan parkir tepi jalan terrace rice ni, kami ambil masa lama di sini..selepas puas hati dengan gambar yang diambil, kami teruskan perjalanan ke Batur Sari Restaurant, Ubud, Bali untuk lunch.

Memasuki kawasan bukit berhampiran Kintamani Mount ni, udara terasa sangat segar dan tiupan angin sejuk macam di Kundasang.

Mount Kintamani ni kalau menurut pekerja di situ, last erruption in 1994.

Rate lunch di Batur Sari Restaurant adalah Rp 120,000 per person including tax. Bila tau harga agak mahal, aku rasa tidak berbaloi mau makan di sana. Tapi disebabkan view cantik, abaikan la harga makanan yang enda juga berapa sedap. Biasa-biasa jak makanan yang ada, sedap lagi warung tepi jalan punya makanan.

Makanan memang buffet tapi pilihan tu tidak menepati selera kami..a bit dissapointed with the choice of food there. If they can serve variety of food, I believe, it can meet our expectation. Owh ya..when talk about the view, its really amazing..I never imagine, I can go to a place like this..its really beautiful 

Kalau mau describe susah..sendiri pegi baru tau..look at the photo how amazing the view of this mount.
amazing.Mount Kintamani
having a cup of tea while enjoying the view..
feeling macam tampal gambar sendiri di lukisan hahaha...
 taking photo with Mt Kintamani as a background
 I really enjoy the view but not the food. For the price of Rp 100, 000, I believe I can eat more delicious food at five-foot stalls.

Disebabkan makan di situ boleh dikatakan mahal bagi kami yang bajet ciput ni, kami tidak dapat offer driver tu untuk makan sekali dengan kami. Tidak berniat untuk kedekut...bajet sudah lari...

Lepas puas menikmati pemandangan yang sangat cantik tu, kami teruskan perjalanan pulang ke hotel. Sebenarnya banyak lagi tempat yang driver ni bawa singgah sebab itu part of the tour. Namun, disebabkan tiada bajet, kami terlepas lihat proses monyet keluarkan Luwak Coffee.

Kami notice kami out of budget masa di restoran tu. so we decided, just go back to the hotel.

Di luar Batur Sari ni ada juga orang2 yang jual souvenirs tapi tidak la irritating macam yang kami kena di Borobudur, Jogja..di sini, sekali cakap jak enda mau, tidak sudah diorang paksa2..

Tapi bila nampak tourists yang keluar dari restoran berhadapan dengan Batur Sari, semua tourists di serbu dengan penjual souvenirs..Nasib la kami tidak kena begitu.

Untuk trip ni, ada juga standby ringgit malaysia cuma tidak la expect akan pakai sampai habis..Sebenarnya aku tidak expect akan keluar banyak duit untuk tour di Bali ni. Aku hanya fikir entrance fees dan bayar tour yang memakan kos Rp 400,000. Aku tidak bajet, akan menyaksikan Barong Dance dan makan tempat yang agak mewah.

Putra ada mencadangkan untukk singgah dinner di Jimbaran, tapi memandangkan kewangan kami tidak mengizinkan, kami meminta dia menghantar kami pulang ke hotel sahaja.

Dalam perjalanan balik, aku kesian juga tengok budak tu macam lapar..dalam perjalanan dia minta kebenaran untuk berehat seketika dan kami berhenti di tepi jalan.

Aku tahu mesti driver tu lapar sebab dari pagi lagi sudah jadi pemandu pelancong kami..nasib dia agak malang la sebab jadi driver pada orang-orang yang bajet ciput macam kami dua..maaf nda dapat belanja dia makan...kami simpan maaf tu dalam hati jak

Hasrat untuk berwisata ke tempat lain terbantut bila menyedari duit sudah habis..malam tu aku dan kawan ku cari money changer lagi untuk tukar duit..

Kami sudah beberapa kali ke money changer tukar RM ke Rupiah.  Sebab tidak expect akan over budget.

Di Bandung, kami ada tukar duit dan rate masa tu (as of October 2013) Rp 3400 = RM 1 dan di Bali rate Rp 3,475 = RM 1. Sedangkan ketika tukar duit di KK rate masa adalah RM 1= Rp 3,480.

Tidak jauh beza rate Bali dan KK tapi tu la kalau rate tengah murah elok la tukar duit banyak-banyak sebelum datang Indonesia sebab currecy exchange tidak menentu.

Tukar duit lagi bermasalah, sebab ada beberapa keping duit aku yang tinggal tidak diterima kerana duit tu agak buruk sikit, padahal duit tu aku ambil dari bank. Iya la mungkin Ringgit di sini tidak ramai pakai jadi sudah tentu mereka strict dengan keadaan duit tu.

Selepas di tolak duit yang tidak boleh guna tu...terpaksa la kami batalkan niat untuk terus berjalan pada keesokan harinya.

Kredit kad kalau ada confirm sudah di guna bah..nasib baik ada ATM kad jak tapi tu pun tidak boleh digunakan di sana. Bukan sebab tidak buat pengaktifan antarabangsa tetapi disebabkan kad bermasalah. 

Kad ATM aku sudah lama rosak, hanya mesin2 ATM tertentu sahaja yang boleh terima kad tu..so, mesin2 ATM di Bali juga tidak menerima kad ATM ku.

Gambar bawah ni antara yang menarik perhatian aku..hampir semua rumah di Bali ni mempunyai gerbang tersendiri

Hari last di Bali (17 Okt), sewal jam 6 pagi, kami sudah menuju ke Pantai Kuta untuk saksikan sunrise tapi malangnya pantai yang kami pegi tu adalah untuk capture sunset bukan sunrise.
muka baru bangun..niat mau capture gambar sunrise di Kuta tapi mission failed..
gerbang ke Kuta Beach
Hari terakhir tu, lepas ambil angin pagi,kami balik hotel untuk bersiap dan check out..check out time di sini awal sejam, iaitu jam 11pagi berbanding normal check out, 12pm.

Kami hanya gunakan service tune hotels untuk ke Ngurah Rai International Airport dengan bayaran tambang Rp 65,000.

Tamatlah kisah perjalanan kami selama lapan hari di Indonesia...

As I didnt’ manage to visit Tanah Lot and few places that listed on my itenerary, I definitely will go to Bali again...

Tuesday, November 19, 2013

Indonesia Trip-Day 4 (Bandung)


Bandung 14 Oktober 2013

Hari kedua di Bandung, selesai jak sarapan pagi di hotel kami terus menuju ke Rumah Mode berdasarkan map yang kami lihat. Mula-mula konon jalan kaki jak last2 bila enda jumpa Rumah Mode, kami tanya orang dan terus naik angkotan.

Di Rumah Mode, kami datang hanya untuk lihat apa-apa yang boleh dibeli tetapi di sini tempatnya nampak exclusive. Last-last kami hanya minum cendol nangka sambil melihat kecantikan dekorasi tempat tu.

nampak sedap kan Cendol Nangka ni...
Rumah Mode ni ada jual kerepek, ada restoran dan ada juga beberapa kedai yang jual barang lain seperti handbags dll. Melihat ke’exclusive’an Rumah Mode, tidak la aku simpan hasrat mau shopping di situ. Kalau setakat mau beli kerepek tu ok juga la di sini.

Kami hanya singgah untuk bergambar dan lihat sekeliling. Memandangkan kami breakfast free di hotel so, tidak lah kami godoot mau makan lagi di sana.

Kami hanya duduk menikmati cendol nangka yang berharga Rp 10,000 segelas. Boleh tahan juga sedap...dan haruman nangka meresap dalam cendol.

Habis jak posing di sekitar Rumah Mode, kami terus menaiki angkotan untuk menuju ke Gedung Sate kerana hasrat untuk beraksi bagai di hadapan bangunan yang jadi tumpuan pelancong tu.

Sekali bila sampai di Gedung Sate, tempatnya ditutup. Iya lah kami datang Bandung semasa orang mau sambut Hari Raya Aidiladha kan. Sambil jalan-jalan aku tertarik dengan iklan ni yang aku percaya jika di lakukan di Sabah, ia akan bantu lagi usaha menghijaukan Sabah. Satu korban, satu pokok harus ditanam. Ia usaha yang baik untuk menghijaukan alam.


Hurmmm...impian kami untuk lawat tempat bersejarah di Bandung musnah sebab semua tempat-tempat yang ingin dikunjungi seperti Muzium Post Office dan Gedung Sate hanya buka setengah hari sahaja.

Orang mahu cuti raya kan. Padan muka aku, sebab tanpa tengok kalender terus booking tiket hanya disebabkan tiket time tu murah. Bila sudah booking baru perasan, kami berada di Bandung semasa Hari Raya Haji.

Tapi Kota Bandung tidak la lenggang macam Kota Kinabalu or KL time perayaan sebab disitulah tempat tinggal merangkap kampung kebanyakan dari penduduk di situ (ni based on cerita dari pemandu teksi hotel semasa hantar kami ke aiport pada hari terakhir kami di Bandung).

Disebabkan semua tempat bersejarah tutup, kami hanya ambil gambar dari luar pagar sahaja lepas tu apa lagi, kami terus blah dan pegi Pasar Baru untuk kali kedua.

Kami bershopping dan lunch di Pasar Baru. Nasi berlauk ayam yang boleh la tahan sedap. Harga makanan lebih kurang Rp 60,000-70,000. Sambal punya kick...pedas dan makanan di Indonesia ni selalu dihidangkan bersama tempe. Tempe seperti jadi bahan wajib dalam hidangan mereka. Di sini buat pertama kali, aku dapat minum Teh Botol. Boleh tahan la tapi agak kelat sedikit mungkin sebab tehnya pekat

 
Bila kami hendak keluar dari Pasar Baru, aishhhh cuaca hujan la pulak, Dua hari di Bandung, petang memang hujan. Mungkin musim hujan agaknya.

So, kami terpaksa habiskan masa lepak dalam Pasar Baru sehingga hujan reda dan terus cari angkotan untuk balik ke Ciwalk.

Tapi lepas keluar Pasar Baru ternampak la gerai-gerai jual kerepek dan banyak pilihan yang ada. Kerepek dan kacang-kacang di situ dijual ikut kilo. Jadi, aku sempat juga rembat kacang dan sejenis biskut Bandung. Kalau tidak silap, aku spend dalam Rp 180,000 juga untuk beli kerepek.

Masa beli kerepek ni la penuh adegan yang aku rasa cukup merimaskan. Tengah dok berdiri untuk beli, aku di datangi seorang pengamen yang nyanyi lagu ntah aku sendiri tidak pernah dengar..aku biarkan saja..

Bila time aku keluarkan purse mau bayar kerepek boleh pula dia ucap ‘terima kasih semoga dipanjangkan rezeki’ maka, aku terpaksa juga beri dia duit kecil dan kebetulan tiada duit syiling masa tu, terpaksa la aku hulur juga Rp 5,000 huuuuu...tu boleh buat bayar tambang angkotan aku balik pegi Ciwalk.

Bila ayat macam tu sudah keluar, terpaksa juga bagi..belum siap kerepek aku di pack dalam beg plastik tiba-tiba ada lagi seorang pengamen datang dan nyanyi, aishhhh last-last aku blah sebaik sahaja siap bayar.

Kalau aku berada lebih lama di situ, silap-silap duit untuk bayar kerepek semua diberi pada budak-budak pengamen tu. Memang diorang tidak paksa untuk beri tapi kita akan dengar ayat-ayat ‘Mbak..dikasi wangnya berapa saja janji ikhlas’

Kawan aku yang sedang tunggu aku siap membeli juga berhadapan dengan aski yang sama, yang mana, pengamen menghampiri dia dan nyanyi lagu dengan harapan diberi wang.

Malam terkahir kami di Bandung, misi kami adalah untuk cari Indo mee cheese seperti yang kawan-kawan aku recommend sebelum datang Bandung. Kawan-kawan aku yang pernah datang situ cakap, Indo Mee cheese is a must try food, kalau datang Bandung.

Malam first tu, kami cari gerai jual indo mee cheese tapi enda jumpa..nasib baiklah malam last di Bandung, ternampak satu gerai yang ada tertulis indo mee cheese di banner gerai. Tapi sebelum singgah makan, kami mau shopping beberapa barang terlebih dahulu.

Namun, hasrat untuk shopping malam tu terpaksa dibuang ke tepi sebab banyak kedai sudah tutup seawal 9 malam waktu tempatan. Esok raya kan, sebab tu la diorang tutup kedai awal.

Malam last tu, boleh katakan kami food hunting la, bukan setakat makan indo mee cheese, kami juga try roti susu cheese dan kemudian siap tapau roti pisang cheese (yang ni lagi sedap)..kami juga sempat tapau Batagor dan Siomay (yang ni ala-ala tauhu dan samosa yang ada inti dan dihidang dengan kuah kacang).

Indo Mee Cheese
Semua makanan malam last ni fuhhhh sedap..menyesal kami enda food hunting dari first night berada di Bandung.

Kami tidur dalam kekenyangan di malam terakhir di Bandung sambil kedengaran laungan takbir raya. Sedih juga la kan sebab beraya di tempat orang.  Walaupun aku sebenarnya keluarga aku jarang buat makan-makan masa raya haji.

15 Okt, hari terkahir di Bandung. Memandangkan flight ke Bali pada belah petang, kami ada masa lagi untuk meronda-ronda Ciwalk sebelum ke airport

Hari last ni, baru kami sibuk mau beli buah tangan untuk saudara-mara yang belum dibelikan sebarang baju atau apa-apa lah.

Aku hanya ingin beli baju batik yang dijual di kedai yang bernama ‘Sasak Batik’. Actually malam last tu memang mau beli baju batik tapi kedai ni tutup awal.

Nasib menyebelahi kami sebab kedai jual batik ni buka walaupun pada hari Raya Aidiladha. Aku beli baju yang berharga Rp 55,000 sepasang. Lepas tu sempat juga singgah kedai jual beg pack yang diperbuat dari jeans.

Hari terakhir di Bandung ni kami shopping kejap jak sebab perlu balik semula ke hotel untuk check-out dan seterusnya minta hantar ke Husein Sastranegara Airport.

Apa yang best mengenai Cihampelas Hotel ni, mereka sediakan free transfer service untuk guest sama ada ke train station mahupun ke airport. Masa datang aku nda tau diorang ni turut sediakan free transfer ke train station. Agak rugi la sebab kena naik teksi sendiri walhal ada jak free transfer service.

Transfer service ni FOC so, kira jimat la duit sikit kan. Pak cik teksi yang hantar kami dari hotel ke airport yang bagitau pasal transfer service ke train station ni.

Aku hanya tahu diorang sediakan transfer service dari airport..so, kira lepas ni kalau datang Bandung naik train lagi, boleh la menginap di Cihampelas supaya dapat roundtrip transfer either ke train station or aiport.

Dari Bandung ke Bali kami menaiki flight pada jam 3.05 petang. Di sinilah baru perasan beg yang masa datang hanya satu, bila balik ke Bali beg sudah bertambah jadi tiga. Kalau terjumpa balik pemandu teksi yang kami naiki dari train station ke Ciwalk, mesti dia akan cakap begini ‘kan mbak, saya sudah bilang, datang tasnya satu baliknya tiga’ hahaha...

Monday, November 18, 2013

Indonesia Trip-Day 3 (Bandung)


Bandung 13 Oktober 2013

Keretapi yang kami naiki tiba di Stesyen Keretapi Bandung kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan.

Sebelum turun train, staff dalam tu ada jual Bakpia, sejenis kuih tradisi Jogja. Aku memang mau rasa bakpia tapi tiada kesempatan mau cari bakpia semasa di Jogja disebabkan kesuntukan masa. Bila ada jual dalam train, kami pun beli la bakpia tu dengan harga Rp 30,000. Aku rasa kalau beli di Jogja, boleh dapat lagi murah.

Kami ambil perisa cheese dan bila rasa, woww...memang sedap. Menyesal tidak borong sampai 2-3 kotak di Yogyakarta sebelum ke Bandung.
 

Bakpia Keju....
Sebaik sahaja turun dari train, kami berdua terus menuju ke stesyen taxi yang terletak berhampiran pintu keluar balai ketibaan penumpang.

Keluar sahaja dari pintu, ada beberapa orang tempatan yang cuba slank Malaya approch kami dengan ayat berbunyi macam ni 'kak nak gi mane? nak teksi ker?'aish trip2 orang Malaya pula diorang ni.

Kami abaikan jak orang-orang yang approach kami tu..tapi ada seorang pemandu teksi tu siap tarik tangan member aku suh naik teksi dia.

Aku dengan confident terus jak menuju ke station taxi Blue Bird. Sebab ramai orang recommend teksi ni. Even colleague aku yang selalu datang Indonesia pun advise naik Blue Bird sebab teksi ni dijamin selamat di seluruh Indonesia (ceh macam promo la pula kan....)

Semasa menaiki teksi, driver tu tanya dari mana..bila dia tau kami ni orang Malaysia terus keluar ayat berbunyi macam ni ‘Owh orang Malaysia ya mbak, selalu orang Malaysia kalau datang sini, datang tasnya satu tapi bila pulang, tasnya empat’.

Kami hanya tersenyum mendengar kata-kata seperti itu kerana aku yakin kami juga bakal balik dengan extra bagasi.

Memang confiirm la orang Malaysia gila shopping kalau datang Bandung.

Tambang teksi dari Stesyen Keretapi ke Hotel Cihampelas 2, lebih kurang Rp 35,000. Aku terbaca di sticket yang di lekat dalam teksi...Blue Bird punya tambang not more than Rp 50,000.  Wah, bagus kan mereka ada polisi sebegitu untuk elakkan penumpang di tipu.

Sampai di Hotel Cihampelas 2, kami terus check in walaupun waktu sebenar check in jam 2 petang tapi disebabkan booking room kami bermula 12hb, jadi kami boleh la check in awal. Ni semua gara-gara flight KK-Bali yang kena postpone due to APEC.

Masa check in tetiba diberitahu bilik full dan room yang kami book sudah orang ambil. Ngaga juga la depan kaunter tu kejap sebab bilik sudah tempah tapi no room..Panik..Yup aku memang panik tapi bila diberitahu kami dipindahkan ke Hotel Cihampelas 1 yang terletak tidak jauh dari situ dan bilik kami kena upgrade dari standard room ke deluxe room. Aku abaikan sahaja rasa amarah tu..

Disebabkan we did’nt show up during first nite, suka-suka jak Agoda pegi jual room yang kami tempah tu..Masa booking, aku ambil standard room with airport transfer dengan harga RM 201.57 for 4D3N melalui Agoda. Kira murah la kan

penginapan aku semasa di Bandung, Hotel Cihampelas 1
Sepanjang berada di Bandung ni, kami hanya stay area kota sahaja sebab hasrat mau ke Tangkuban Perahu dibatalkan. Sebabnya, 2-3 hari sebelum datang sini ada letusan kecil berlaku dan dikatakan pengunjung tidak dibenarkan datang situ.

Itu kawan driver kami masa di Jogja yang beritahu kononnya Tangkuban Perahu tidak dibuka untuk dikunjungi. Kalau sudah tidak selamat untuk dikunjungi, kami tidaklah gagahkan diri mau pegi Tangkuban kan..pilihan lain adalah Kawah Putih.

Walau ada pasang niat untuk ke Kawah Putih yang terletak di Selatan Bandung tapi, bila baca review di Trip Advisor, Kawah Putih terlalu jauh, iaitu 2 jam perjalanan. Maknanya kami akan buang masa 4 jam untuk pergi dan balik.

So, aku dan kawan aku decide stay jak di kota supaya kami boleh fokus untuk SHOPPING jak sepanjang 2 1/2 hari di Bandung. 1/2hari tu sebab belah petang hari ketiga, kami sudah naik flight untuk ke Bali pula. My third destination for this trip. 

Selesai urusan daftar masuk, kami bersihkan diri untuk mandi kemudian keluar untuk explore Bandung yang diumpamakan syurga shopping.

Sebelum mula shopping, kami isi minyak badan dulu nanti kalau lapar nda larat mau shopping. Kami makan di sebuah restoran di Ciwalk. Aku memilih makan nasi timbal complete, yang menggabungkan nasi yang berbalut daun pisang, ayam penyet, sambal dan sup yang agak manis dan bukan taste aku. Overall menu yang aku pilih tu ok jugak la cuma sup jak yang fail.

Harga??? Ermmmm...harga makanan di Bandung agak mahal sedikit berbanding di Jogja, kalau di Jogja harga Rp 70,000 tu boleh makan berdua tapi di Bandung, harga tu baru untuk seorang makan, Tapi aku masih rasakan makanan di situ lebih murah berbanding di Sabah.
 
nasi timbel complete-nasi yang dibungkus dengan daun pisang serta ayam goreng
Selesai melantak nasi sampai habis, sebelum bertolak kami sempat bertanya kepada pekerja di restoran itu, angkot warna apa yang harus kami naiki kalau mau pegi Pasar Baru. Teksi ada jak tapi mau berjimat kena la gamble naik angkotan yang ada di merata-rata tempat.

Alhamdulillah orang-orang di sini amat membantu dan pekerja tu siap tolong jerit untuk kasitau pemandu angkot lagi yang kami ingin turun di Pasar Baru. Kalau tidak silap, kami diberitahu untuk menaiki angkot warna hijau-hitam, cat bahagian badan angkotan tu warna hijau tua dan part bawah tu warna hitam.

Sepanjang berada di Bandung ni, transport kami untuk bergerak ke sana-sini adalah angkotan.

Tambang angkot ni tidak akan lebih dari Rp 10,000 seorang kalau setakat dari Ciwalk mahu ke Pasar Baru atau tempat lain di sekitar kota. Tambang dari Ciwalk ke Pasar Baru hanya Rp 5,000 seorang.

Bagi aku, bila berada di Joga dan Bandung, tidak usah fikir takut ditipu. Sebab aku percaya naik angkotan di Bandung selamat. Kan ramai orang naik angkot so, susah mahu kena tipu dengan bayaran tambang yang tidak munasabah.

Lagipun, wajah orang Malaysia ada iras-iras wajah orang di Indonesia. Apa yang penting yakin dan tanya orang di jalanan angkotan mana yang patut dinaiki jika hendak ke sesuatu lokasi di sekitar Kota Bandung.

Based on my experience, I can say ‘Bandung is a safe town for toursists’ tu pendapat peribadi aku la..enda tau la pula kalau ada kes pelancong Malaysia kena tipu. Berdasarkan pengamalan di sana, aku rasa orang-orang Indonesia sangat baik dan sangat membantu.

Aku rasa sangat selamat untuk tanya orang-orang di jalanan kerana mereka memang akan membantu sekiranya kita bertanya arah jalan  atau warna angkotan yang patut dinaiki untuk ke sesuatu tempat.

Hanya pemuzik jalanan atau pengamen sahaja yang ada kalanya agak merimaskan...tapi mau buat macam mana tu cara diorang cari rezeki dan mau survive.

Sepanjang naik angkotan selama dua hari di Bandung, hampir setiap angkotan tu akan dinaiki pengamen yang menyanyikan pelbagai jenis lagu.

Aku ingat lagi, ada seorang pengamen tu, nyanyi lagu ‘Christina Perri-A thousand years’ tapi hanya part chorus jak yang ada betul sikit sebutannya..ala janji ada bunyi dia nyanyi kan bukan ada orang marah pun kalau salah pronounce. Pengamen ni kebanyakan masih muda, rasanya belasan tahun tapi sudah mencari nafkah untuk hidup

Walaupun ada ketikanya aku rasa rimas dengan pengamen di sana, tapi ada juga antara mereka yang punya suara yang sedap untuk didengar. Tu kan sumber cari makan diorang, haruslah punya suara untuk hiburkan penumpang di dalam angkotan kan.

Driver angkotan pula seperti sudah lali dengan pengamen yang tiba-tiba naik dan duduk di pintu angkotan dan kemudian mereka akan turun dimana-mana destinasi yang diorang suka tanpa perlu permission dari driver.

Angkotan di sini ni ala-ala mini van macam di Malaysia juga la cuma saiznya kecik sikit dan kerusinya seperti kerusi panjang di kantin sekolah aku dulu-dulu, kerusi diletakkan di kedua-dua belah kiri dan kanan... Semua angkotan di Bandung ni tidak punya pintu jadi itu lebih memudahkan pengamen ni datang dan terus duduk di muka pintu.

Disebabkan angkotan ni tidak dibekalkan dengan air condition, so tingkap harus dibuka untuk dapatkan udara dan habuk enda payah cakap la..asal balik hotel jak, confirm kami akan rasa mau flu sebab terdedah dengan habuk sepanjang naik angkotan.

Apa-apa pun pengalaman menaiki angkotan sangat best kerana bukan ada pengangkutan seperti itu di tempat aku.

Berbalik kepada cerita, kami diturunkan berhampiran dengan Pasar Baru. Walau agak blur awal-awal tu untuk cari bangunan mana satu dikatakan Pasar Baru tapi akhirnya kami memang berada di tempat yang betul.

Di Pasar Baru, semua barangan yang aku cari boleh didapati di situ jadi kami tidak la pergi ke tempat-tempat lain. Masuk Pasar Baru confirm keluar tangan menjinjit berbakul-bakul beg shopping.

Sebenarnya aku tidak juga shopping sangat di sini sebab bajet shopping terhad dan kami harus pastikan kami ada wang yang cukup semasa berada di next destinasion, iaitu Bali.

Di hari pertama berada di Bandung, aku hanya beli kain ela untuk buat baju kurung untuk diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

Memandangkan terlalu ramai yang perlu dibelikan, aku hanya dapat beli sepasang kain ela untuk seorang. Masa beli tu, mula la tangan mengira berapa pasang yang perlu dibeli. Kakak, adik dan kakak ipar, sepupu terdekat semua tu kena ambil kira takut ada pula yang menagih buah tangan dari Bandung.

Hari pertama ni kami shopping ala kadar jak (ala kadar la sangat kan) sebab ari kedua kami masih ada banyak masa lagi untuk shopping kalau dihari pertama tidak sempat.

Hari pertama aku habiskan dalam Rp 500,000 untuk beli buah tangan saudara mara.Untuk saudara mara perempuan, aku beli kain ela bercorak batik dan untuk lelaki, aku hanya belikan t-shirt atau baju batik..senang cerita enda payah mau fikir panjang.

Balik dari Pasar Baru, kami turun di Ciwalk sebeb angkotan sudah terlepas hotel kami..dalam keadaan hujan lebat, kami terpaksa lepak di shopping complex di Ciwalk tu tunggu hingga hujan reda.

Maka, makan lagi la jawabnya..kali ni Bakso jadi pilihan..tempat kami makan ni kira macam food court dekat situ dan harga makanan sangat murah, semangkuk bakso Rp 18,000. 

Bakso complete
Jika di Jogja gambar wisata paling banyak...tapi trip di Bandung ni lebih banyak gambar makanan sebab kami hanya shopping dan makan sahaja sepanjang dua hari di sini