Friday, December 14, 2012

First time naik Star Cruise...


Standing at the dock of a cruise while enjoying the wind blowing make me feels, am I dreaming? I had never imagine that one day, a day like this will come. Alhamdulillah with Allah blessing, I had an opportunity to board a Star Cruises.

yeaa..for some people they might think, it is not expensive to board a cruise nowadays. As for me, I still find it quite expensive to spend thousands ringgit just to board a cruise.

I really enjoy boarding a cruise for the first time. No need to do a write up as we got the ticket as compliment when we covered Star Cruises office launching in Kota Kinabalu. Although the cruise ticket is free, we still have to pay for an airfares from Kota Kinabalu to Penang.

During this trip, if people asking me which destination is better, if its between Phuket and Krabi,  I would say Krabi is a good place to visit. The people in Krabi are more friendly to tourists compare to those vendors in Phuket, some of them quite rude to customers.

We didn't take any tour package on board. Due to low budget, we decide to take a tour when arriving in phuket. There are lots of tour packages you can choose. Along the beach, there are lots of buses and guide offering their business.

In Phuket, we spend about 300 baht for one day city tour. I thinks its quite reasonable. But, bear in mind, the tour is not included entrance ticket to any tourist spot. For a elephant ride, we pay another 100 baht. The tour ended at massage centre. Going to Thailand without experiencing their thai massage is like something is not complete. I can't recalled how much we pay for the massage.

In Krabi, we did not took any tour as we just looking for daily boat operator at Ao Nang Beach and take a boat to the nearest island.

My initial plan was going to Phi Phi Island but due to the budget constrain, we just go to the nearest Island. We took a long boat that coast me around 100-150 baht one way..Make sure, you take two-ways ticket so that it will be easy for you to go back to Ao Nang beach by boat.

--------------------------------------------------------

Berdiri di beranda kapal persiaran sambil merasai tiupan angin pagi membuatkan aku seperti bermimpi..bagai berada di alam fantasi yang aku kini berada di atas kapal persiaran yang berada betul-betul di tengah lautan..starting ayat berbunga-bunga..

On the top..Deck 10
Sebenarnya sukar untuk aku percaya, akhirnya aku dapat bercuti menaiki kapal persiaran yang aku anggap percutian yang disediakan untuk golongan berduit....orang kampung macam aku ni, manalah mampu mau bercuti di atas kapal sebegini jika bukan disebabkan rezeki kerja.

Persepsi bahawa percutian atas kapal ni hanya untuk orang kaya muncul dalam kepala otak aku bila tengok cerita-cerita di TV..obses sangat kah aku dengan TV?..hahaha sangat stereotaip kan..

Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki aku mendapat tiket percuma menaiki Star Cruise Libra dari Penang-Phuket-Krabi. Walaupun ianya cuma untuk 4 hari dan 3 malam, pengalaman itu cukup berharga buat aku.

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa aku juga boleh menaiki Star Cruise seperti orang lain. Maklum la dengan gaji ciput yang hanya cukup untuk makan dan bayar hutang itu dan ini, mana la aku mampu mahu membeli tiket sendiri untuk menaiki kapal persiaran, yang harga minumun pun dalam 1-2 ribu ringgit.

Sebenarnya aku dapat tiket percuma ini pun sebab buat liputan pembukaan pejabat baru Star Cruises di KK Times Square, Kota Kinabalu, akhir bulan September.

Memandangkan tiket ni untuk dua orang, aku dan rakan sekerja yang turut sama membuat liputan ketika pembukaan pejabat itu, mengambil keputusan untuk pergi sama-sama. Sebab organizer tu hanya bagi 1 tiket ja kepada salah seorang dari kami.

Perancangan mula di atur tapi tidaklah serapi mana kerana kali ni kurang membuat research mengenai tempat yang ingin dikunjungi. Tidak seperti sebelum ini, jika hendak ke mana-mana 'Google Search' akan jadi pilihan utama untuk mengakses segala blog dan website berkaitan dengan tempat yang akan dikunjungi.

Tiket kapal terbang kena beli sendiri sebab Star Cruise hanya provide tiket naik cruise jak. Kami mula mengatur perjalanan bermula dari Kota Kinabalu ke Penang.

Tiket punya la mahal sebab last minute booking..ni la padahnya kalau tiada simpanan untuk emergency case..wah emergency la sangat kan..bila tiba-tiba ada trip begini, terpaksa tunggu gaji hujung bulan, padahal mau fly 4 Okt, tiket dibeli pada 30 Sept..memang sempoi kan..hahaha memang cari pasal kan..last2 beli tiket mau-mau juga RM600 lebih2..melayang lagi duit

Disebabkan tiket kapal terbang yang mahal, kami ambil keputusan untuk transit di KL pada malam 3hb..The next day on the 4th, kami naik morning flight to Penang.

Sengaja sebenarnya booking morning flight ke Penang sebab mau ronda-ronda Penang dan jumpa geng-geng U-time yang ada di sana.

Departure time untuk cruise tu adalah 3.30pm, so kami sempat juga la tumpang mandi rumah kawan aku yang memang duduk di Balik Pulau.

Trip terakhir aku berada di Penang ni dalam bulan Mac, tu pun sebab BFF aku kahwin di Padang Serai, Kedah.

Kalau sebut Pulau Pinang, sudah tentu benda pertama dalam kepala aku adalah mau makan nasi kandar. Tiga tahun belajar sini dulu tidak pula aku gila mau makan nasi kandar..tapi lepas duduk Sabah dan susah mau jumpa nasi kandar, ni la padahnya..Asal datang Penang jak, mesti aku mau singgah Nasi Kandar Line Clear.

look at my friend 'happy face' dapat makan nasi kandar..this was her first time in Penang
Kawan aku ada suggest pi makan Nasi Kandar Beratur, tapi memandangkan kekangan masa, kami ambil keputusan makan di Line Clear juga. Maklum la, tempat makan ni dekat jak dengan Swettenham Pier Cruise Terminal.

bersama my bff sebelum belayar naik Cruise
Siap jak makan-makan, sempat juga aku bersama kawan kerja aku dan lagi dua orang kawan aku yang mengajar di Penang melepak sekejap di Padang Kota then, singgah beli makanan sikit di Gurney Plaza. Lepas tu terus kami direct pegi jeti sebab takut terlewat untuk daftar masuk.

Bila sampai jak di tangga jeti, seorang penyambut tetamu yang berwajah ala-ala Thai menyambut kedatangan kami dengan mengucapkan ‘Sawadika’..wah terasa macam sudah tiba di Thailand hahaha...

Siap jak dengan urusan daftar masuk, kami mulakan langkah menuju ke kapal besar yang berada di sebelah kiri kami..

Sebelum naik kapal, kami perlu mengambil Access Key (kiranya kunci bilik la) yang dicagarkan dengan passport..haha bukan la cagaran macam pinjam Ah long..Kami perlu tinggalkan passport dengan pihak pengurusan kapal Star Cruise bagi membolehkan kami dapat Access Key tu.

Aku pelik juga pada mulanya..kenapa mereka mau simpan passport penumpang?..tapi bila hari terakhir baru la tahu kenapa..ia untuk mudahkan pengurusan mereka.

Maksudnya, jika kita membuat pembelian di atas kapal termasuk pakej yang ditawarkan sama ada di Phuket/Krabi, kita perlu membuat semua pembayaran sebelum turun kapal.

Jika tidak, passport tu memang tidak akan dikembalikan. Jadi, penumpang tidak la boleh menipu untuk turun tanpa selesaikan pembayaran.

Bila jejakkan kaki atas kapal, kami bingung sendiri melihat begitu ramai manusia berada di ruang legar di Deck 4 kapal, seolah-olah sedang menunggu announcement..

Dengan selambanya, kami terus beredar ke bilik yang berada di Deck 6. Lantak la, yang kami tahu, kami mau cepat-cepat masuk bilik untuk berehat sebab kami berdua kurang tidur..kalau baca sampai habis memang kerja kami atas kapal ni tidurrrrrr jak..mungkin ada yang rasa such as waste dok atas kapal tapi tidak habis ronda..

Bermalam di LCCT menyukarkan kami untuk tidur, so we decided to stay up till morning untuk tunggu next flight.

Sampi jak dalam bilik yang bernombor 6203, sempat la kami berehat sekejap sebelum attend fire drill session. Sesi ni ada tertulis dalam jadual..setiap hari, memang ada jadual diletakkan di setiap bilik.

ni la bilik kami 6203..room inspection
Mengenai bilik ni pula, pada awalnya kami dapat standard room jak tapi masa booking, semua standard room full booked dan pejabat Star Cruise KK, dengan murah hati upgrade bilik kami ke BB (Deluxe Oceanview) room, bilik ni upgrade sikit dari bilik yang ditawarkan dalam tiket percuma tu.

Masa tengok dalam website, harga bilik ni utk 2 org ni dalam RM 4,000..fuhyooo first time merasa jadi orang kaya hehe..

Aku macam biasa la kalau perut sudah kenyang dan tidak cukup tidur, sampai bilik terus mengampai (tidur) hahahaha...bangun-bangun jak terus attend fire drill yang dikendalikan oleh krew kapal. This was an important part, we have to listen to the briefing on fire drill. In case something happen on this ship, we know where to go and gathering with others.

Owh ya..awal2 tadi aku ada katakan bahawa kami disambut dengan orang berwajah Thai..tapi bila berada atas kapal, aku rasa macam berada di Filipina la pula sebab majoriti krew kapal ni orang Filipino. Iya la mungkin senang kan diorang ni kena ambil bekerja sebab mostly diorang ni semua pandai speaking english. Easy for them to communicate with passengers.

Berbalik kepada cerita fire drill, kami diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan jika berlaku kebakaran dan ditunjukkan dengan kapal kecil yang berada di atas kepala kami. Ia akan diturunkan jika berlaku kecemasan.

Lepas taklimat keselamatan, kami berkunjung ke Stardust Lounge yang terletak di Deck 4 untuk saksikan persembahan yang sedang berlangsung.

Krew kapal persiaran ni memang sempoi dan kelakar..kami semua tergelak melihat telatah si pengaca majlis memeriahkan welcoming performance itu..Salah seorang krew yang jadi MC tu bernama Goldie, dia ni memang kelakar dari awal sampailah hari terakhir kami saksikan events yang ada dia sebagai MC. Kalau korang naik kapal yang sama, mesti akan berkenalan dengan Goldie juga kan..sangat friendly mamat ni

Persembahan tu sekejap jak dalam half an hour macam tu..lepas jak habis persembahan yang menampilkan band dari Philippines, persembahan ballroom dance dari 2 orang mat salleh dan sekumpulan band lagi..aku lupa sudah apa nama band2 ni semua..

Lepas habis tu..terus kami melangkahkan kaki ke restoran. Atas kapal ni ada 3 restoran yang free..2 restoran ni ada serve pok dan hanya satu restoran yang terletak di Dock 10 pok-free restaurant..tapi boleh jak makan di bawah tu kecuali restoran cina yang betul2 serve pork.

Kami memilih untuk makan di Deck 4, iaitu di Four Season Restaurant dan makanan boleh tahan la..banyak juga kepelbagaian dan confirm kenyang..yang x bestnya, makan hanya boleh sekali jak sebab access card akan kena scan sebelum masuk restoran.. so kiranya, kita boleh masuk sekali jak masa breakfast..kemudian sekali masa lunch dan sekali lagi masa dinner.

Maknyanya ada free makan 3 kali dalam sehari. Cuma kalau cepat lapar tu kena la makan yang berbayar..nasib la perut aku lepas dinner tidak cari makanan lagi..kalau lapar, makan jak la bun yang dibeli masa di Gurney Plaza, Penang.

Malam frist ni sebenarnya ada persembahan di Swimming Pool Deck, tapi sebab terlalu penat..our party end up atas katil..zzzzzzz..kami tertidur sehingga keesokkan pagi setelah berada di perairan Phuket

Tamat la kisah first day on the cruise..siri kedua menyusul kemudian..

Filipino band..best juga diorang ni
Ballroom dance..hebat mat salleh 2 orang ni