Thursday, July 5, 2012

Ho Chi Minh City menjadi pilihan kali ni


Lagi beberapa hari buat pertama kalinya aku akan jejakkan kaki di bumi asing yang dinamakan Ho Chi Minh City atau dulunya dikenali sebagai Saigon.

Sebenarnya aku main redah jak mau pegi sana ni join kawan2 aku seramai 3org dari semenanjung. So, kami pegi sana berempat la. Preparation ada la sikit-sikit. Baca review pasal tempat2 yg mahu dilawati di sana..Apa yang menarik akan diceritakan dlm entry yang akan datang..

Dalam tahun ni boleh dikatakan aku sudah jejakkan kaki ke 3 negara..Walaupun sekejap2 aku sudah..syukur alhamdillah rezeki Tuhan..

Trip paling singkat adalah Tarakan-Kalimantan di Indonesia mengikuti MASwings program..day trip jak tapi boleh la melihat tempat orang..

Awal tahun hari tu aku ikut Trip ke Brunei Darussalam selama 2 hari 1 malam..bagi pelancaran laluan baru MASWings subsidiary airlines di bawah Malaysia Airlines..ni pun di sebabkan kerja juga..

Tapi utk bulan ni, ia adalah trip yang diatur sendiri oleh aku dan kawan2..kali ni rombongan kami langsung tiada kumbang yg mengiringi, keempat2nya perempuan, so mungkin agak terbatas la mau adventure tempat orang malam2..

Untuk keselamatan kami hanya boleh pegi meronda2 bandar Saigon tu pada sebelah pagi jak..nda tau la budaya di sana macam mana..walaupun sama jak Asia tapi mesti ada serba sedikit kelainan antara kita di Malaysia dengan budaya orang Vietnam

JULAI sudah boleh dikatakan menjadi bulan untuk aku travel..Kali ni Vietnam 11-15 Julai..next year belum pasti lagi. Kalau ada kawan mau backpackers mana2 country confirm aku mau join sekaki

Tahun lepas, bulan yang sama..iaitu Julai aku berjaya menjejakkan kaki ke Philipinnes. Kami redah sehingga ke Boracay Island..tempat yg cukup indah buat si pencinta alam dan untuk berbulan madu..Ada beberapa gambar yang suda aku upload dlm entry Boracay Manila.

Apa2 pun less than a week, aku akan meronda bumi Vietnam..tempat2 seperti di bawah sudah pasti akan kami kunjungi:-

War Museum, History Museum, Post Office, Notre Dame, Reunification Palace, Cu Chi Tunnels, Cao Dai temple, Mekong Delta (Cai Be Floating market), Emperor Jade Pagoda, Ben Than Market, Thien Hau Pagoda, Binh Tay Market, Ben Thanh Market..