Thursday, March 31, 2011

Gonna conquer Mt Kinabalu

erm...for the first time I will climb the famous Mt Kinabalu 2morow..hopefully everything will be ok..I'm not confident that I can reach the summit.. I did not have enough time go to training..jogging pun tiada macam mana la mau sampai summit. Petang ni mau bertolak dari KK sudah huhu..apa2 pun I will try my best ascending to summit.yeay finally i'm gonna climb it :-)

Friday, March 25, 2011

:: Moving to new office ::

Dalam 2 minggu lagi mau pindah ofis baru..dalam minggu ni jak sudah hampir setiap hari kami dok turun naik tengok ofis tu..bukan jauh pun..pindah dari tingkat 4 naik ke tingkat lima jak..Tapi macam excited ni..siap chop2 tempat lagi kunun mau tengok fung shui..hahaha

Ofis baru ni sudah lama xda penghuni so harap2 xda la benda yang menghuni di situ kalau kami sudah ambil tu tempat..5th floor here we come..another two more weeks

Get ready Borneo Post and Utusan Borneo reporters we will move by early April...

Saturday, March 19, 2011

TEMPAT IBADAH vs POLITIK

Pendekkan cerita..kawan sepejabatku menerima panggilan telefon dalam jam 11pagi yang mengatakan ada demostrasi kemarin(March 18)..yang kononnya akan dilakukan di Masjid Bandaraya, Likas.

Erm..aku tertanya-tanya tunjuk perasaan apa pula la yang dibuat lepas sembahyang Jumaat ni?..Owh mungkin mereka mau protes kemasukan Bible berbahasa melayu yang tengah hangat diperkatakan oleh para pemimpin politik sekarang..Tapi selalunya demostrasi tu dilakukan di masjid dekat Bandaran Berjaya..hurm kenapa kemarin diorang mau buat di Masjid Likas..ok la aku yang duduk di pejabat hanya menunggu kawan ku pulang dari tunjuk perasaan..

Bila kawan sepejabtku tu balik..terus aku ajukan soalan kepadanya..Belum pun sempat dia menarik nafas untuk duduk dan meletakkan begnya..

Aku: Pasal apa la tu demostrasi?
Kawanku: Oh tiada apa..diorang mau minta Anwar serahkan DNA
Aku: binggung sekejap..apa motif diorang buat tunjuk perasaan minta Anwar serahkan DNA di masjid..lepas sembahyang Jumaat pula tu..Ish nda masuk akal
Kawanku: tu la pasal tiada2 ni..sudahkan buat dalam kawasan masjid..
Aku: hahahaha lucu juga diorang tu..bikin malu ja gunakan tempat beribadah untuk berpolitik
-conversation end-

Aduyai..kenapa la ada manusia begini..Bukan  aku berpihak kepada sesiapa..tapi please la berfikir panjang la sikit wahai kaum2 Muhammad..kenapa la mau buat tunjuk perasaan yang tiada kaitan dengan agama di dalam kawasan Masjid..Kalau betul terdesak mau suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim tu serahkan DNA gunala cara lain..Jangan jadikan TEMPAT BERIBADAH sebagai tempat untuk anda berpolitik..tiada faedahnya pun..

Tuesday, March 15, 2011

Hobi Ketika Remaja

Mengenang kembali zaman kegilaan remaja zaman dulu..Biasa la ba kan dulu exposure terhadap internet ni kureng sikit..so zaman-zaman sekolah dulu koleksi lirik-lirik lagu mesti banyak. Siap dengan gambar-gambar artis lagi..ish lucu juga kalau ingat kembali...

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, walaupun x faham cina, aku sanggup beli magazine yang ada gambar Andy Lau dan Sammi Cheng..Entah mungkin sebab minat sangat dengan cerita 'Needing You' yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dulu..Tak faham cina pun xpa..yang penting bleh buat cutting magazine ambek gambar2 diorang dua ni. Siap minta ajar dengan rakan2 cina macam mana mau baca cina..hahahaha




Bukan tu ja..Koleksi lirik lagu berlambak, habis buku sekolah jadi mangsa. Antara artis feveret masa tu The Moffats, N'sync & Backstreet Boys..Masa tu bukan bleh faham pun apa diorang nyanyi main belasah jak..faham ka x faham ka yang penting masuk toilet-nyanyi..lalalalalala

The Moffats wit the killer song at the time-I miss you like crazy
N'sync wit Bye3..I want you back
Backstreet Boys-as long as you love me

Ada 1 lagi hobi masa tu..box video tape dijadikan pencil case..hah unik kan..semua pun mau berlawan lekat gambar artis feveret masing2 di box tu..Ada yang kadang2 tu hari-hari tukar gambar artis yang sama..berlawan la kunun pencil case siapa yang lawa..such a crazy moment :)

Saturday, March 5, 2011

Erti sebuah persahabatan

Kerna dia, aku terpaksa ambil cuti..
Kerna dia, aku sanggup berkorban..
Kerna bagiku sebuah persahabatan perlukan pengorbanan..
dan kini aku korbankan masa hanya untuk bersama dengan seorang sahabat yang datang jauh ke negeri di bawah bayu ni..

Walaupun dia datang sebab kehendak kerja, tapi bagiku janji dapat luangkan masa bergosip dengannya itu sudah cukup. Biasa la perempuan..

Perjalanan dari KK ke Kota Belud dipenuhi dengan segala cerita yang telah berbulan-bulan tidak diceritakan. Dia ni datang utk shoot program lensa9 selama 4 hari di Kota Belud. Program CSR yang ditaja oleh Bank Islam.

Walaupun kami sering berhubung melalui telefon tapi ia tidak sama dengan berbual secara berhadapan. Sudah banyak perubahan yang berlaku dan setiap perubahan itu kami ceritakan dengan penuh terperinci. Dari soal kehidupan, keluarga sehinggalah kerjaya. Banyak perkara yang perlu di kongsi bersama. Walaupun usia persahabatan kami ni masih baru tapi kami sudah cukup masak dengan kerenah dan sikap masing2..

Aku kenal 'mak cik' ni masa masuk USM dulu..dlm Julai 2005. Dia ni salah seorang geng orientasi aku. Ingat lagi pertama kali kami kenal bercakap macam ayam dengan itik..iya la aku dari Sabah yang dia ni dari Kedah..Dua2 pekat dengan dialek masing2..

Kalau ingat semula tentang group orientasi aku ni memang lucu..
Baru kenal tapi bila kami berenam ni mula berkumpul, orang akan sangka yang kami ni semua dari sekolah yang sama. Sampai ada seorang akak tu tanya : Adik semua ni dari sekolah yang sama ke? kami: erm eh tak la kak kami baru jumpa masa orientasi ni..
Seronok kan dapat jumpa kawan2 yang satu kepala ni..

Dalam group orientasi kami ni semua ada..ada Meksu dari Kelantan, Ain n Farhana dari Kedah, Sue anak mami Penang, Iman dari Bangi, Selangor n Nadia dari  Temerloh, Pahang dan aku dari Sabah. Erm cuba bayangkan bila semuanya bercakap dengan dialek masing2..susah juga la mau faham tapi bila lama2 semua dah biasa. hentam ja la...

Memandang course pengajian yang berlainan..kami bergerak secara berasingan dan tinggal la aku dengan Ain. So, bila mak cik ni datang Sabah memang la aku excited kan..siap ambil cuti 3 hari lagi.

Dia datang sebenarnya mau shoot utk program lensa 9. Sambil2 kerja tu aku bawa juga la dia dengan cameraman dia ni ronda2 KK..Ntah blur juga mau bawa p mana..Maka, bermula la aku jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah. Kesian diorang berpeluh2 aku bawa ronda KDCA, Papar dan Muzium.

Kalau time Kaamatan kan bagus boleh aku bawa diorang ni tengok budaya Kadazandusun.
Tapi apa kan daya tengok ja la apa yang ada. Masa aku bawa diorang p KDCA rumah2 kaum2 tu semua kunci dan ada yang tengah diubahsuai. So kami hanya bergambar di luar rumah2 tu ja. Kemudian aku bawa la diorang ni ronda muzium..huh baru diorang tau penat tak penat mendaki anak tangga di muzium..Tengah hari buta pula tu. Sorry guys jangan serik datang Sabah ya..Ni antara gambar yang sempat kami ambil :)

wit Ain@Entrance to KDCA

with Ain @ KDCA, Penampang

wit Ain@Muzium Sabah

Ain@Muzium Sabah

Ain@Rumah Brunei, Muzium Sabah