Sunday, February 27, 2011

Traffic Light vs Roundabout

Sedang berbual-bual kosong dengan seorang staff bank di Kota Belud baru-baru ni, dia mengutarakan pendapat mengenai masalah traffic lights di Sabah yang menjadi penyebab kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.


Bila dengar persoalan yang diutarakan..ia membuatkan aku terfikir sejenak akan kebenaran kata-katanya.

"Heran kan..terlampau banyak traffic lights di sekitar KK ni.Jalan sikit ja ada traffic light. Ada beberapa kawasan tu macam di area-area Sepanggar dan Tuaran..Kadang-kadang dalam jarak 100 meter tu buli-buli ada 2 traffic lights..alahai nda paham betul la dengan town planner kita ni," katanya.
  
Aku yang menjadi pendengar sejak tadi memang bersetuju dengan pendapat tersebut...sambil menambah:"Iya..bukan setakat traffic lights ja banyak..roundabout pun banyak sampai kadang-kadang roundabout yang ada tu boleh lalu atasnya..nda payah mau pusing sebab hanya ada garisan bulatan ja bukan bulatan yang betul-betul pun."

Dia turut membandingkan sistem yang digunapakai di Sabah dengan Kuala Lumpur. Beliau berpendapat alangkah bagus jika town planner di KK ni gunakan satu sistem untuk kawal traffic lights seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur. Jika jarak antara 1 traffic light dengan traffic light berikutnya selari contonhya jika sini hijau..traffic light seterusnya juga perlu hijau (menandakan keta buli jalan/bergerak). Jadi jalan nda la terlampau sesak.

Ada benarnya pendapat tu TAPI bila aku fikirkan semula...kalau betul sistem kawalan lalu lintas or traffic light di KL tu bagus, kenapa sampai ke hari ni masalah kesesakan lalu lintas di sekitar KL tu masih lagi teruk??? Adakah disebabkan kereta terlalu banyak?atau sikap pemandu yang tidak mau bertolak ansur?atau sistem kawalan lalu lintas yang sedia ada belum cukup sempurna dan harus diperbaiki?Tepuk dada tanya diri.

Ada betulnya kata-kata staff bank tu..sebab bila town planner ni buat perancangan bandar, mereka ni patut berfikir panjang..ATAU pun kena tanya kenapa town planner ni letak lagi traffic light baru di kawasan tertentu padahal 100 meter dihadapan sudah ada traffic light..Kenapa agaknya??Perlu lihat kepada keperluan meletakkan traffic light di satu-satu kawasan.Jangan la main letak jak..erm duit kerajaan banyak sangat kot..

Roundabaout pula..dari sebesar-besar alam sehinggalah sekecil-kecilnya..

Aku teringat cerita seorang kawan..Dia mengatakan ada satu hari tu mak dia memandu ke Sipitang tiba-tiba ada satu laluan tu ada roundabout dan ia terletak di kawasan yang memang tidak perlu..Cuba fikirkan di kawasan kampung letakkan roundabout is it make sense??? Perlu lihat kepada keperluan..Jika jalan tu sibuk dan banyak junction, memang perlu ada roundabout.Tapi kalau setakat kawasan kampung tu buat apa la mau letakkan roundabout.

Sunday, February 20, 2011

violin yang sangat menghiburkan

Some students of 'Suzuki Teachers Programme' entertained the audience during graduation ceremony

among the youngers who perform at the graduation ceremony
Buat pertama kalinya aku dapat menyaksikan persembahan violin ari ni..baru aku tau bagaimana perasaannya menghayati petikan dan geselan violin. Ia cukup membuatkan aku seperti diawang-awangan..maklum la melihat persembahan di waktu petang confirm menguap berkali-kali..walaupun aku ni buta seni sikit tapi aku tau juga la menghayati persembahan pelajar2 dari Suzuki Teacher Programme..


Pemain2nya dari yang hampir seumur dengannku (aku agak ja) sehingga yang kanak2 yang kalau tidak silap dalam 5 or 6 tahun..persembahan yang cukup simple dengan hanya mengenakan t-shirt suzuki and all in black. persembahan yang cukup menghiburkan. tak perlu pakaian yang beria kalau persembahan tidak seberapa kan..

Saturday, February 5, 2011

Sana Ranau....

Entrance Kundasang War Memorial
Having fun with my family on Feb 4, 2011...
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 Jam dari Papar ke Kundasang..tapi macam lebih jak sebab aku yang driving..besa la kalau jalan yang aku nda biasa lalu memang aku bawa slow..bak kata orang pandu cermat jiwa selamat, lagipun aku bawa family nda kan mau bawa keta macam pelesit kan..

Memandangkan cuaca mendung, jalan sedikit berkabus dan atas sebab itu juga la kami lambat sampai ke kundasang. Kalau mau cakap best sudah tentu la best..

Perhentian pertama kami di Kundasang War Memorial..tempat memperingati seramai 2,428 orang tawanan British n Australia yang mati semasa WW2..Tempat yang wajib di lawati jika anda ke Kundasang. Ramai juga la orang berkunjung ke sini semalam. Siap ada yang sibuk dengan photoshoots gambar kahwin lagi..maklum la cuti sekolah kan..

Ok tiket masuk hanya RM2 per person untuk warganegara, murah ja pun...tempat yang sangat cantik untuk dikunjungi, sepa yang nda singgah sini memang rugi la. macam nda lengkap percutian ke Kundasang kalau anda tidak ke sini..

ni scenary di dalam Kundasang War Memorial tu..nice view kan 
Selesai sesi bergambar di Kundasang War Memorial..kami teruskan perjalanan menuju ke Desa Dairy Farm yang terletak sejauh 8km dari pekan Kundasang. Pemandangan di sini cukup indah seakan-akan berada di luar negara(NZ) kerana di kelilingi lembu..cuma cuaca ketika kami tiba sedikit mendung dan lembu kebanyakkan berada jauh dari pusat ternakan..nda apa la yang penting boleh juga merakamkan gambar kenangan di sana.

wit my lovely parent, lil bro n sis-in law
mooooooooo malas mau gerak
such a beautiful scenery




Perjalanan kami diteruskan ke Hot Spring, Ranau..time to mandi-manda tapi nda dapat mau bergambar la sibuk betul mandi air panas..sampai terlupa..sebelum mandi kami test power la pegi naik canopy walkway..huh letih siotttt..baru aku tau yang diri ini memang tiada stamina. Gayat juga sebenarnya tapi masih berlagak cool..tinggi juga canopy walk tu dalam 41 meter dari aras laut..nda juga terlampau tinggi la tapi sepa gayat memang ketar lutut jugak..

kasian bapa ku penat naik bukit

photo first, walk next..tinggi oooo

-ends-


Thursday, February 3, 2011

Review Filem



AKU MASIH DARA ...bagi aku filem ni kira 'BOLEH LAYAN LA'..ada pengajaran untuk budak2 muda zaman sekarang. tu pun bagi mereka yang masih punya hati la..bagi yang masih juga tidak sedar diri..teruskan la hidup sebegitu..

Kehidupan anak-anak muda cukup jelas dipertontonkan dalam filem ni, dari penggunaan pil, kondom, gaya hidup bebas semuanya ada.Pengajaran cukup jelas. tapi lucu kan bila ada part/babak yg terpaksa d cencored..why?sendiri mau ingat la kan? mungkin di pawangan tiada part yg d cencored..ni la kalau tengok VCD...sapa yg perasaan faham2 sendiri la napa perlu kena cencored? kalau tidak mau kena sensor napa la nda cari ja costume yg sesuai..nda perlu la sampai mau cencored segala..nampak sangat kelemahan disitu..bukanlah aku maksudkan pakai costume yg menutup aurat sebab filem2 sah2 mengenai kehidupan remaja yang berpakaian terdedah sini sana..biarla bersesuaian..

Skrip pula..mungkin memang kebanyakkan filem melayu begitu..setiap tajuk filem mesti akan diulang semula dalam skripnya..dalam filem ni satu part yg paling jelas bila Sofea mengaku 'i'm still a virgin'. bagi aku perlukah diulang kembali tajuk filem tu? aku rasa semua orang boleh faham kenapa Sofea ragu2 untuk join kelab 'i'm not virgin' di babak2 awal..nda payah la sampai mau ulang lagi tajuk filem kan. lagi satu bila Sofea mulai sedar dan menginsafi segala-galanya..aku rasa cukuplah sekadar mengatakan 'ingin belajar mengenai islam..nda payah la mau katakan ingin 'belajar mengenai agama islam'. sound weird la bagi sesetengah orang seperti aku. Aku pun bukannya pandai sangat dalam 'bahasa melayu' tapi tidak salah kan kalau aku mau melahirkan pandangan ku mengenai filem tersebut.

Menonton filem ni mengingati aku kepada filem SYURGA CINTA..to be honest filem ni lebih meninggalkan kesan kepada diriku. biarpun aku tidak minum dan tidak hidup terlalu bebas tapi bagi aku filem Syurga Cinta sebuah filem yang memberi kesan kepada ku.WALAUPUN lakonan heliza helmi tak seberapa sangat tapi babak2 pengajaran dalam tu cukup jelas di kotak minda ku..Jalan cerita hampir sama iaitu mengenai gaya hidup bebas remaja yang baru balik dari luar negeri..aku ingat ada 1 babak bila Ilham (Awal Ashaari) TERBACA bismillah ketika mau minum arak di pub...ia nampak simple tapi cukup memberi impak kepada penonton..Walaubagaimanapun sebagai orang melayu aku masih menyokong industri filem kita..kalau tidak menonton di pawangan pun aku akan pastikan Original VCD menjadi pengganti..

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Gong Xi



Wish 2 all my Tiong Hua friends..Gong Xi Fat Cai..hope year of rabbit tis year will bring lots of prosperity to all :)