Saturday, January 29, 2011

Wanita vs Lelaki

Pernah dengar pepatah macam gni tak "Bila nak kahwin kelak, nak cari wanita, carilah yang reti masak" hurm..common kan? Pepatah cmna kalau yang ni "Kalau nak cari lelaki carilah yang boleh mengimamkan kita"..erm jarang pula aku dengar

Baru-baru ni aku terbaca status rakan ku di Facebook 'pompuan tak reti masak jadi isu..laki tak tau jadi imam tak plak jadi isu'...huh pedas gak telinga bila terkena dek sang empunya diri kan..

Tapi ada benarnya..cuba tengok dan tanya rakan-rakan lelaki anda. Pasti ada antara mereka yang mensyaratkan supaya wanita pilihannya tu reti masak. Mungkin bukan semua tapi masih ada kan?

Entah la kadang-kadang kolot kan fikiran sesetengah orang ni..mau cakap banyak pun tiada guna. Bila wanita tak reti masak kecoh bukan main. tapi bila lelaki di suruh jadi imam tapi tak reti, hah camna tu? sapa mau tolong jawab.......

Bukan prejudis tapi hakikat..memang la wanita tu perlu tau memasak..
alah setakat masak 2 or 3 lauk tu aku percaya semua perempuan boleh buat, tak ada la susah mana. Lain la kalau masak nasi pun tak reti, hah yang tu sudah dikira parah..Jangan la kecoh sangat kan..bagilah masa, lama-lama mesti mereka reti masak.  Janganlah kalau si isteri masak tak sedap, complaint memanjang..

Persoalannya perlu ke jadi isu?..mungkin bukan semua lelaki zaman sekarang memilih calon isteri yang reti masak, tapi bagi sesetengah masyarakat tu jangan la point finger to women only..tengok dulu diri sendiri baru la tengok kelemahan orang lain.

Masalah jadi imam dalam keluarga ni la yang parah..macam mana seorang yang mengaku muslim tapi tidak boleh mengimamkan isteri & anak-anaknya..huh tepuk dada tanya diri sendiri k..kenapa semua ni terjadi?.

Thursday, January 27, 2011

Hantaran tinggi setujukah anda?

Hurm sebenarnya artikel ni hanya untuk final projek aku masa study dulu..my group buat magazine pengantin iaitu 'Anggun Mempelai'. ni antara topik yang kami muatkan dalam magazine tu..so ayatnya sedikit formal la ye..Kalau tak silap artikel ni di tulis pada tahun 2008 n tis is unedited version..kalau ada gramatical error tu faham2 sendiri jak la..selamat membaca...

Isu wang hantaran tinggi sinonim dengan kehidupan masyarakat masa kini. Sebut sahaja wang hantaran sudah pasti jumlah yang difikirkan mencecah ribuan ringgit. Wang hantaran berubah mengikut keadaan semasa. Jika dahulu wang hantaran hanya dijadikan sebagai adat perkahwinan kini ia telah menjadi syarat utama dalam perkahwinan. Wang hantaran yang semakin tinggi mendatangkan banyak kesan kepada kedua-dua pihak.

Ada yang mengatakan semakin tinggi tahap pendidikan seorang wanita semakin tinggi wang hantaran yang dikenakan. Tahap pendidikan dijadikan bahan ukuran sesebuah perkahwinan. Melihat senario yang memperlihatkan nisbah penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) nisbah perempuan melebihi nisbah lelaki membuatkan lelaki takut untuk mendekati mereka. Apabila nisbah penutut perempuan lebih banyak maka alam pekerjaan juga akan di monopoli oleh kaum hawa. Dengan pendidikan yang tinggi sudah tentu mereka mempunyai pendapatan yang tinggi. Adakah mampu seorang lelaki berkerja biasa tanpa kelulusan tinggi untuk menyara golongan berpendidikan tinggi ini.

Sekarang ini, kalau seorang pemuda ingin mendirikan rumahtangga sekurang-kurangnya mesti menyediakan wang tunai paling kurang RM10,000. Kalau tidak ada sejumlah ini, jangan haraplah untuk berkahwin. Hantaran saja mesti menyediakan wang tunai antara RM7,000 hingga RM10,000. Hantaran kahwin pula dikenakan bergantung kepada tahap pendidikannya. Jika seorang perempuan berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi maka wang hantarannya pun akan mencecah sehingga RM 20,000. Apakah mampu seorang anak bujang yang bekerja sebagai kerani biasa dan gajinya tidak sampai RM1,000 untuk mengahwini gadis yang berpendidikan seperti ini?.

Ikuti pandangan Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Haji Sa’adin Sulaiman mengenai isu wang hantaran tinggi dan kaitannya dengan tahap pendidikan ini.

Anggun Mempelai: Apakah pandangan Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi yang mengenakan wang hantaran tinggi?

Haji Sa’aidin: Wang hantaran biasanya ditentukan oleh keluarga. Juga bergantung kepada faktor lain seperti status keluarga perempuan , pekerjaan dan jawatan pasangan. Tahap pendidikan bukan menjadi kayu pengukur untuk menetapkan wang hantaran tinggi dalam sesebuah perkahwinan.

Anggun Mempelai: Apakah akibatnya jika wanita berpendidikan mengenakan wang hantaran tinggi?Mungkinkah wanita berpendidikan tinggi akan lewat kahwin atau hidup
membujang?.

Haji Sa’aidin: Jika wang hantaran terlalu tinggi maka lelaki (berpendapatan rendah) yang ingin beristeri terpaksa berhutang atau melewatkan usia perkahwinan. Mungkin lelaki jenis ini akan mencari wanita yang terlalu mementingkan status dan sanggup mencari isteri yang biasa-biasa... Hari ini ada wanita berkelulusan tinggi yang sanggup bersuamikan lelaki yang lebih rendah kedudukan. Sebagai contoh Pegawai Perubatan (Dr) bersuamikan seorang kerani.  Pensyarah (perempuan) bersuamikan seorang anggota tentera berpangkat koperal atau peniaga kecil. Dalam perkahwinan yang penting adalah akad nikah. wang hantaran hanyalahadat dalam masyarakat. Jika wanita berpendidikan tinggi terlalu banyak bersyarat maka tidak ramai lelaki yang mampu memenuhituntutan tersebut dan tipislah peluang untuk bersuami.Sebahagian masyarakat melayu terpengaruh dengan majlis perkahwinan dikalangan artis dan pembesar negara. Pepatah` Biar papa asal bergaya` masih subur  dalam masyarakat.

Anggun Mempelai: Mungkinkah dengan mengenakan wang hantaran yang tinggi berlakunya senario wanita dan lelaki tinggal sebumbung tanpa ada sebarang ikatan?

Haji Sa’aidin: Isu Lelaki dan wanita tinggal sebumbung tanpa bernikah bukanlah
berlaku kerana wang hantaran terlalu tinggi, tetapi mereka adalah pasangan yang jahil dalam agama Islam. Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya.

Anggun Mempelai: Secara keseluruhannya apakah pandangan umum Tn. Haji mengenai wanita berpendidikan tinggi lambat kahwin kerana ibu bapanya mengenakan wang
hantaran tinggi.

Haji Sa’aidin: Wanita berpendidikan tinggi lambat berkahwin bukan sahaja kerana ibubapa meletakkan syarat hantaran tinggi tetapi hari ini bilangan wanita yang berada di universiti melebihi jumlah lelaki. Oleh itu, mereka lebih bersedia menerima bakal suami
yang jawatan lebih rendah atau dari kumpulan biasa.

Anggun Mempelai: Apa pula kesannya terhadap lelaki jika wanita mengenakan wang hantaran tinggi?.

Haji Sa’aidin: Kesan terhadap lelaki jika wanita meminta wang hantaran tinggi…Akan ada lelaki yang takut untuk berkahwin…Lelaki akan hidup dengan `hutang keliling pinggang’.…Akan banyak lagi berlaku penyelewengan, rasuah, penipuan dan pecah amanah kerana memenuhi tuntutan adat…..Hidup akan menjadi hambar kerana fokus kehidupan lebih kepada materialistik. Kesian  ibu dan bapa si lelaki, anak lelakinya dah tidak dapat membantunya lagi kerana terpaksa cari duit banyak untuk bakal isteri. Mereka dulu sekolahkan anak lelaki, berbelanja untuk anak lelaki masuk universiti bila umur 27 atau 28 tahun umur anak lelaki tersebut ia akan simpan duit untuk wang hantaran yang tinggi bagi bakal isterinya….Islam tidak mengajar begitu.

Seorang lagi Pensyarah Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang mengkaji budaya pasca-kolonial dan kini fokus kajiannya adalah wanita Terengganu, Dr Rahimah A. Hamid menyatakan pandangan beliau mengenai isu tahap pendidikan dan kaitannya dengan wang hantaran tinggi.

Anggun Mempelai: Wang hantaran tinggi sinonim dengan tahap pendidikan. Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?

Dr Rahimah: Secara peribadinya saya tidak setuju jika ada yang mengatakan tahap pendidikan menjadi ukuran dalam menetapkan wang hantaran. Sebenarnya tahap pendidikan tidak mempengaruhi wang hantaran tinggi. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya di Kedah, wang hantaran ditetapkan berdasarkan keluasan tanah bendang yang di miliki oleh sesebuah keluarga. Semakin luas tanah bendang di miliki semakin mahal wang hantaran yang dikenakan.

Anggun Mempelai: Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menentukan wang hantaran ini?

Dr Rahimah: Biasanya dalam menentukan wang hantaran lelaki dan perempuan akan berbincang terlebih dahulu sebelum memberitahu ibu bapa. Kemudian barulah kedua-dua keluarga akan berbincang semula untuk menetapkan wang hantaran sama ada ikut kata sepakat anak mereka atau sebaliknya. Tapi..orang kuat agama biasanya akan merendahkan wang hantaran kerana sunnah Nabi sendiri ada menyatakan semakin berkat sesebuah perkahwinan jika hantaran rendah.

Anggun Mempelai: Selalunya faktor apakah yang diukur dalam menetapkan jumlah wang hantaran? Adakah tahap pendidikan menjadi ukuran?

Dr Rahimah: Kebanyakan orang sekarang akan menetapkan wang hantaran berdasarkan tarikh dan angka tertentu misalnya 22, 222. Peredaran masa juga menjadi ukuran kerana perubahan ekonomi akan menyebabkan hantaran bertambah tinggi. Sekarang…golongan yang ingin berkahwin ada kalanya akan berkongsi simpanan yang ada supaya wang hantaran dapat dipenuhi.


Anggun Mempelai: Apakah kesan jika jumlah wang hantaran tinggi?

Dr Rahimah: Melalui apa yang saya lihat dan pembacaan kesannya akan bertambah ramai golongan wanita yang tidak berkahwin. Nisbah golongan wanita di Institusi Pengajian Tinggi melebihi lelaki. Senario ini akan membawa kepada

Ibu bapa juga ada yang bertindak meletakkan wang hantaran tinggi kerana menganggap ia sesuai dengan taraf pendidikan anak mereka. Ibu bapa menjadi penentu dalam urusan perkahwinan anak mereka. Dalam menentukan hantaran kahwin mereka hilang sikap bertolak-ansur. Ibu bapa akan berkata mereka berbuat begitu hanya untuk kepentingan anaknya pada masa hadapan. Namun, selepas habis majlis perkahwinan bukan anak mereka yang akan menanggung keluarga. Kenapa mesti mengenakan hantaran tinggi yang akan menyusahkan hidup anak menantu kelak?. Tidakkah ibu bapa patut bersikap rasional dalam menentukan wang hantaran kahwin anak mereka?. Hantaran yang mencecah ribuan ringgit sudah pasti akan membebankan pihak lelaki.  Akibatnya selepas berkahwin pihak lelaki terpaksa menaggung beban hutang yang banyak.

Tahap pendidikan yang tinggi akan membuatkan wang hantaran tinggi. Senario seperti ini yang membimbangkan masyarakat. Ibu bapa ada kalanya berfikir bahawa penat lelah mereka menghantar anak mereka belajar tinggi-tinggi sudah tentu hantaran mereka juga kena sama taraf dengan tahap pendidikan mereka.

Apabila taraf pendidikan menjadi ukuran akan bertambah ramai wanita berpendidikan tinggi yang akan membujang kerana lelaki tidak cukup wang untuk berkahwin.

Keadaan ini akan terus berlaku jika kedua-dua belah pihak tidak berbincang dan menyelesaikan maslah hantaran tinggi ini, sudah pasti bilangan mereka yang hendak mendirikan rumahtangga akan berkurang.
Perkara yang negatif akan mudah berlaku apabila golongan muda mengambil jalan mudah untuk hidup bersekedudukan dengan pasangan tanpa mempunyai ikatan yang sah. Perkara ini berlaku kerana pihak lelaki tidak dapat memenuhi kehendak pihak perempuan yang mengenakan wang hantaran tinggi.

-TAMAT-

Yee Sang....

hurm as usual la bila tiba CNY sana-sini function mesti ada Yee Sang or ada juga yang panggil Lau Sang..mana2 la janji aku boleh tibai sampai kenyang..terus terang aku katakan memang masa 1st time rasa mende ni memang pelik rasanya..tapi bila jumpa yang yummy huh sadap bah orang sabah bilang..

Bila makan balik2..macam nyaman (sedap) pula rasanya..tambah lagi dengan salmon..huh sedap sampai licin pinggan.hurm ok ari ni bila rasa Yee Sang di STAR Tg Aru..memang i fall in love with the taste..rasa manis n masam tu memang cukup..

Ok la to those yang celebrate CNY tu..hope tis year will bring more prosperity, wealth and health to u guys..Gong Xi Gong Xi

Saturday, January 22, 2011

Food Review: Kenny Rogers vs Pizza Hut

In conjunction with CNY celebration seperti biasa la mesti ada menu baru kan...kalo ada food review mesti la aku nda mau lepaskan peluang..Minggu ni minggu makan free la katakan..ari isnin at Kenny Rogers Roaster@Suria Sabah..ari jumaat pula d Pizza Hut@ Gaya Street..Ok aku cerita 1 by 1 la k..

New menu for Kenny Rogers-Kenny's Phoenix Chicken Meal..berbaloi la coz quarter chicken tu besar juga..sedap?huh memang sedapppp..with black pepper taste confirm makan sampai jilat pinggan..served wit three side dishes..as usual la memang tu pun Kenny's serving style kan..pilih la suka hati mau potato ke?coleslow ke?macaroni cheese ke? suka hati korang la..janji kenyang kan..

Hehehe..devil is evil..kami diberi suggestion tuk rasa new drinks-new flavour of mocktails tapi kalo hati sudah melekat tgk chocolate shake memang nda layan la mocktails2 ni..faham2 ja la kalo chocolate lover ni..Flu2 pun aku bantai juga minum ais..

Kalo mau tau mcm mna rasa Kenny's Phoenix Chicken meal pegi la rasa sendiri baru tau..sedap memang sedap..so Kenny's lovers go and test tis new menu k..

Owh ya ia dihidangkan wit new flavour of muffin-orange muffin..tp masa food review tu kami nda berpeluang rasa orange muffin sebab belum sampai lagi..nda apa la mungkin len kali jak sebab promotion pun sampai 6 mac so, masih ada masa lagi mau rasa..
hurm..tis is Kenny's Phoenix Chicken Meal with Macaroni Cheese, mashed potato n potato
Ok sekarang Pizza wit the first new menu of the year...The Ring of Fortune..Also launched in conj with CNY..signifies prosperity, wealth n longliness.

Hurm to be honest, menu kali ni tidak kena ngan jiwa aku..mungkin bagi mereka yang suka Hawaiian Pizza ni la jiwa mereka..sebab rasa pizza ni ala-ala Hawaiian juga la..sedap boleh tahan la..mana ada makanan yang nda sedap kan. Cuma bagi aku kali ni, rasa pizza tu nda cukup 'kick' orang kampung bilang la..

For those yg suka crunchy2 tu..pizza ni mungkin sesuai dengan jiwa mereka..sebab topping pizza ni ditabur dengan cornflakes..so memang crunchy2..tidak pedas sesuai utk budak2 yg nda makan pedas..Kalo pizza ni jiwa aku memang pada royal masalla or thai seafood pizza..pedas2 sikit baru nyaman kan..

ba ok la setakat tu ja..kang kalo aku ulas lebih2 mcm mau bagi promotion free pula kan..cukup2 la food review tu published on our newspaper..


with my colleague-esah mau makan dulu k..c yeah

Tuesday, January 4, 2011

First day of School

Seronok melihat telatah kanak-kanak masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Pekan Papar ari ni..
Sepeti biasa kehendak kerja memerlukan aku datang utk interview parents yg hantar anak2 ke sekolah utk 1st day of school.

Ragam kanak-kanak ada yang asyik menguap beberapa kali, ada yang seronok bercerita dgn kwn baru, ada yang asyik memandang ke arah tingkap mencari kelibat ibu bapa dan ada pula yang menangis teresak-esak..hurm macam2 perangai ari pertama ni ni..

yang paling penat melihat ragam mereka ni sudah pasti guru-guru kelas..tapi apa boleh buat ni sudah kerjaya cikgu...

aku sebagai pemerhati hanya melihat saja telatah warga pendidik dan kanak-kanak ni..melihat ada 2 3 orang kanak-kanak yang menangis sambil cakap "nak jumpa ibu, nak jumpa ibu' membuatkan aku terfikir budak2 ni bukannya tak pergi sekolah tadika kebanyakkannya mmg masuk tadika dulu baru masuk sekolah rendah..tapi ntahlah mungkin sudah perangai kanak2 tu sendiri..bergantung juga pada environment diorang..kalo mereka ni selalu bergaul dgn orang luar mgkn senang untuk mereka sesuaikan diri..bagi mereka yang asyik dok rumah ja..ni la akibatnya nmpk orang asing pasti akan takut..

Erm..ni la bagaimana kita mencorakkan anak-anak begitu la bentuk perangai mereka..berilah kebebasan untuk budak2 ni bergaul dgn orang lain spy bila masuk sekolah kelak x payah la nak tunggu d luar kelas smpai tamat waktu pembelajaran..pasti akan susahkan diri sendiri kena ambek cuti pula..walaupun belum ada anak tapi inilah keadaan yg berlaku d sekeliling..xperlu pengalaman..pemerhatian sudah cukup untuk memberi kita pengajaran..mari kita tgk antara ragam budak2 yang dapat aku ambil pagi tadi di sekolah SK Pekan, Papar..thanks to guru besar yang beri kerjasama :)

Guru yang penyabar sedang tenangkan Mohd Aqil Abd Razak di SK Pekan, Papar

cian Nurul Iman ni asyik kata nak jumpa ibu, nak jumpa ibu...
ok murid2 sila beratur dlm barisan..masa utk ke kantin

nilah keadaan hari pertama di sekolah
All the best untuk semua adik-adik..

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Setiap kali menjelang tahun baru mesti orang dok sibuk memikirkan azam baru or dlm chinese org kata resolution hehehe..tapi perlukan semua tu?apa guna berazam setiap tahun kalo usaha untuk mencapai azam tersebut xda..sama la dengan janji kosong kan..mungkin azam tu hanya motivasi diri untuk maju kehadapan. x perlu la setiap tahun nak tukar azam, kalo azam tahun2 sudah pun belum tercapai kan. apa yang penting jika mau berjaya melaksanakan azam tu kita perlu berusaha lebih. Berazam tu biarlah berpada-pada jangan la pula buat azam yang melampau-lampau dan sukar untuk dicapai. mungkin anda rasa itu cabaran tapi xda guna kalo azam itu hanya tinggal azam semata-mata.

Tahun Baru 2011, masih ada orang yang percaya ka pasal buang sial???rasanya masih ada sebab semalam bila aku lalu di jalan tanjung lipat..penuhnya manusia dan kereta..untuk apa orang dok sana bukan ada pertunjukkan apa-apa pun..erm mungkin masih ada yang amalkan 'ACARA BUANG SIAL'. tapi logiknya kepercayaan ni? buat apalah mau buang sial dengan mandi di pantai setiap hujung tahun. kalo rasa-rasa diri tu tidak cukup bertuah mohon la kepada-Nya minta perlindungan insyallah akan diberkati.

Apa yang dinantikan setiap kali menjelang tahun baru???ermm..sudah tentu la countdown and fireworks show kan..semalam sempat juga aku snap beberapa keping gambar fireworks di dataran bandaraya anjung senja..memang cantik..dengan camera digital ni la hasil gambar yg berjaya aku ambil..



:: Happy New Year 2011 ::