Wednesday, December 29, 2010

: : Renung-Renungkan : :

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.  

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

 - Taken from one of my FB friends- sharing is caring :-)

Sunday, December 19, 2010

SJA Family Day

Seronok sangat ari ni dapat melihat telatah kanak-kanak bermain game hanya untuk mendapatkan sebotol minuman sebagai hadiah..
mungkin bagi kita yang dewasa, ia tidak seberapa tapi bagi kanak-kanak sebotol minuman tu sudah boleh buat diorang happy..hurm ni la family day kami biarpun indoor tetap meriah.
semua permainan berasaskan getah..kreatif juga la game yang dibuat..seronok dan enjoy..thanks to Persatuan Usahawan Sabah (SJA) and sponsors..door gift dapat beras sumbangan bernas dan minuman..boleh la jimat duit sikit beli beras..tapi itulah kata orang hari keluarga nilah yang mengeratkan silaturrahim sesama ahli.. di sinilah kami berpeluang mengenali ahli keluarga kawan2 disamping melihat telatah kanak-kanak yang hyper..
Lucky draw seperti biasalah memang aku akan bawa balik something..alhamduliallah rezeki tuhan bagi..sepanjang tahun ni aku sudah dapat acer notebook, digital camera, handphone and flight ticket to kuching..semuanya dapat masa lucky draw..syukur alhamdulillah :-)
 

ni antara game yang dapat sambutan ramai

sapa dapat ikat rambut paling banyak adalah juara

smile dapat nokia 1800-lucky draw SJA family day with Mariah Doksil

photos by Mariah Doksil :-)

Friday, December 17, 2010

:: Berjinak-jinak dengan hobi baru ::

sibuk mencari pegi mana bola tadi???

nilah team futsal gue @ Bintang Futsal, Kinarut

biarlah kalah main futsal..jangan kalah bab2 posing :-)



Kekangan masa membuatkan aku susah mau melibatkan diri dengan sukan..tapi sekali sekala turun padang main futsal best jugak...walaupun tendang bola tak seberapa tapi yang penting aku enjoy..

Seronok jugak main futsal ni ye..walaupun penat tapi peluh budak lembik ni keluar la jugak. Muscle pain memang xboleh nak dinafikan la..ambik masa 2 hari juga nk recover balik..maklum la dalam setahun boleh kira berapa kali aku jogging mana tak badan liat sangat. So, bila geng2 sekolah invite join main futsal aku pun turun je la..diorang ni boleh kira player jugak la teruk jugak team aku dibelasah..tapi macam aku nyatakan tadi la semua ni hanya sekadar suka-suka kalo tournament memang confirm awal kelaur ngeeee..thanks guys sebab invite aku join main futsal..sejam tuh penat memang xboleh nak kata la..apa2 pun kalo ada game ajak la lagi :-)

Hello Busan

BUSAN (17 April 2016) Agak lewat masukkan entry ni. Anggap sahaja 2016 agak sibuk untuk blogging. Busan adalah destinasi terakhir ...